Hantar Novel Tulisan Anda Ke Ilham Grup Buku Karangkraf

March 19, 2014

Hantar Novel Tulisan Anda Ke Ilham Grup Buku Karangkraf | Masa aku sekolah menengah dulu, ada seorang senior perempuan ni, nama dia Meme. Meme ini gengster perangainya, otai lah kiranya. Tapi dalam hati ada taman. Dia ada tulis novel masa dekat sekolah. Tajuk novel dia Karambunai. Aku macam baik-baik juga lah dengan Meme. Lepas aku tahu dia ada tulis novel, aku minta nak baca novel yang dia tulis. Dalam hati aku pun ada taman tahu? Hahahaha.

Aku bukan kaki baca novel pun masa sekolah. Tak macho kot. Tapi bila aku baca novel Meme tulis, aku rasa bagus betul dia olah jalan cerita. Hambik kau! Aku baca sampai habis kot novel die buat. Kalau novel dia bagi dekat producer mana-mana, mesti laku. Tapi, waktu itu mana reti nak bagi dekat siapa-siapa kan. Kalau lah Ilham Grup Buku Karangkraf wujud waktu sekolah dulu, dah lama aku suruh Meme hantar novel dia dekat situ.

Ilham Grup Buku Karangkraf

Ilham Grup Buku Karangkraf

Korang pun kalau ada buat novel ke cerpen ke dan tak tahu nak buat apa dengan hasil kerja korang tu, korang boleh hantar ke Ilham Grup Buku Karangkraf. Kalau tak ada hasil kerja pun tak apa. Korang boleh baca hasil kerja orang lain. Banyak novel dan cerpen orang lain yang korang boleh baca. Novel-novel dan cerita pendek yang ada di website Ilham Karangkraf majoriti memang menarik untuk dibaca.

Aku tau ada antara korang memang hebat menulis cerita-cerita novel atau cerpen. Serius aku cakap, kalau korang ada bakat menulis ni, jangan pendam sorang-sorang. Rugi. Cuba korang bagi orang lain baca dan tanya apa yang perlu korang perbaiki. Lama-kelamaan, korang mesti makin improve dan boleh tulis dengan lebih bagus lagi. Bila dah mula menulis dengan bagus, hasil yang korang tulis, korang boleh jual. 

Ada antara kawan-kawan aku yang sekarang dah jadi penulis untuk skrip drama TV dan filem, jadi penulis novel yang mana novelnya sudah pun diadaptasi menjadi drama di TV. Semua itu mendatangkan keuntungan yang tinggi kepada diaorang. Untung betul kalau korang berbakat untuk menulis. Bermula dari hobi, korang boleh menjana pendapatan yang tinggi.
Ilham Grup Buku Karangkraf

Kalau masih segan-segan nak mula jual hasil karya yang korang ada sekarang ni, boleh mula dengan hantar ke Ilham Karangkraf. Barulah rasa macam berbaloi sikit. Kalau terperam saja, tak mendatangkan apa-apa hasil pun. Dekat website Ilham Karangkraf itu nanti korang boleh buat networking dengan penulis-penulis yang lain dan dalam pada masa yang sama korang boleh belajar antara satu sama lain dalam meningkatkan kualiti penulisan korang.  

Kalau nak tahu lebih lanjut, korang boleh pergi ke laman web Ilham Grup Buku Karangkraf dan korang boleh daftar untuk hantar hasil kerja korang dekat Sertai Ilham. Kalau korang rasa tak yakin lagi dengan ilmu menulis korang, apa kata korang baca Panduan Menulis daripada Aqif Azizan ni.


Panduan Menulis daripada Aqif Azizan

Bagi aku, untuk menulis ni kena ada minat satu. Lepas tu kena ada teknik yang betul. Kalau minat saja tapi teknik tak betul, tak akan jadi jugak. Untuk dapatkan teknik yang betul, kita kena belajar. Aku sendiri pun banyak belajar daripada Aqif Azizan macam mana nak menulis dengan betul. Kalau korang pun nak belajar pasal teknik-teknik menulis dengan betul, pergi baca Panduan Menulis daripada Aqif Azizan. Serius tak menyesal.

Panduan Menulis daripada Aqif Azizan


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter