Minggu ni aku rasa tema entri-entri aku ialah pasal "Interview Kerja". Hahaha. Alang-alang aku baru je lepas kena temuduga kerja hari Isnin yang lepas, aku nak kongsi lah sedikit tips-tips yang aku rasa kan perlu untuk mereka-mereka yang akan menghadapi interview kerja nanti tahu.
Sebelum ni aku ada bagi tips sebelum menghadapi interview dan tips ketika menghadapi interview. Kali ni aku nak kongsikan apa yang korang perlu bawak ketika temuduga nanti.
Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Temuduga Kerja
Hari tu aku ada kongsikan dengan korang aku ada temuduga kerja hari ni kan. Pagi tadi lepas sahur, gigih aku siapkan baju, susun fail, print resume dan praktis speaking. Habis speaking London aku tadi.
Pukul 11 pagi lebih, aku gerak ke Shah Alam. Room mate hantarkan. Dalam redah-redah jam tu, boleh tersampai awal pulak dalam pukul 12.30 tengah hari. Sempat la pergi cuci kereta kejap. Hahahaha. Lepas tu solat zohor kejap dekat Masjid Besar Shah Alam tu. Mak aih, dah lama aku tak pergi sana.
Pukul 2 petang lebih aku dah ada dekat ofis tempat interview kerja tu. Dalam cuak nak kena interview tu, aku teringat aku ada baca banyak tips-tips semasa interview dijalankan. Meh aku kongsi sikit dengan korang apa yang aku baca dan yang aku amalkan.
Dalam entri sambung belajar di UiTM, aku ada cakap tak dapat kerja lagi kan. Tup tup petang tadi aku dapat satu panggilan daripada salah satu syarikat dekat Shah Alam suruh datang temuduga kerja. Syarikat mana aku senyap-senyap je la dulu. Takut semangat duk heboh-heboh hari ni, besok tak dapat pulak.
Ikutkan Encik yang telefon aku tu, dia suruh datang interview kerja hari esok (Jumaat). Tapi aku mintak tunda ke minggu hadapan. Ish, tak nak aku kena interview besok. Tak sempat nak siap sedia apa-apa. Jadi, Encik tu mintak aku datang hari Isnin minggu depan pukul 2.30 petang.
Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack | Hari semalam Nuzul Quran. Tapi room mate aku kerja shift petang sampai malam. So, kakak-kakak aku rajin lah datang rumah nak beli barang dapur dan bukak puasa sama-sama. Mula-mula kiteorang pergi pasaraya CS Brothers beli barang. Lepas tu Ke Giant Cheras pulak.
Dalam beli barang, kiteorang duk fikir nak makan apa lah berbuka nanti. Alang-alang dah ada dekat Giant Cheras tu, aku pun cadangkan berbuka puasa dengan Uncle Jack Fried Chicken.
Kiteorang beli Set Menu B yang berharga RM5.00 tu satu sorang. Ada nasi ayam, ayam goreng ranggup berempah dua ketul dan satu cawan minuman berkarbonat yang boleh dipilih. Total harga untuk tiga Set menu B ni RM 15.90 termasuk tax. Rasa ayam dia sedap macam ayam KFC okay tapi dengan harga yang jauh lebih murah.
Packaging Uncle jack Fried Chicken. sedap menjilat jari dan berbaloi harganya untuk orang-orang yang sengkek di tengah-tengah bulan. Tak silap aku, Uncle Jack ni ada dekat Giant je kot sebab dekat resit dia, aku nampak nama company Giant.
Tu dia makanannye. Oh, air minuman boleh pilih dari pilihan berikut -- Coke, Fanta Strawberry, Fanta Orange, Fanta Grape, Sprite dan Ice Lemon Tea. Tengok nasi tu macam sikit je kan. ha, jangan tertipu. Nasi tu kena mampat dalam bungkusan. Bila korang makan, memang kenyang. Ayam dua ketul tu memang sedap, berempah dan ranggup.
Sebelum ni kalau aku makan dekat Uncle Jack ni, tak ada pulak dapat apa-apa. Tapi, hari semalam, waktu beli set menu ni, tiba-tiba casher tu letak topi ni atas kaunter lepas kakak aku bayar. Kiteorang pun macam pelik siap tanya "Eh, eh, dapat ni ke?". Hahahahha. Casher tu tergelak sikit sambil angguk.
Kalau korang berminat nak rasa Uncle Jack Fried Chicken ni, boleh lah usha Hypermarket Giant yang terdekat dengan korang kot kot ade ke kat sana. Jujur aku cakap, kalau korang beli Uncle Jack Fried Chicken ni memang jimat habis. Rasa dia setanding dengan ayam goreng keluaran company lain yang mana harga dia jauh lebih tinggi daripada Uncle Jack ni.
Itu baru jimat pasal makanan. Kalau korang nak tahu lagi macam mana nak jimat ehingga RM1000 dalam sebulan, korang boleh cuba dapatkan ebook Tips Jimat ni. Serius memang berbaloi kalau baca dan amalkan.
Dalam beli barang, kiteorang duk fikir nak makan apa lah berbuka nanti. Alang-alang dah ada dekat Giant Cheras tu, aku pun cadangkan berbuka puasa dengan Uncle Jack Fried Chicken.
Uncle Jack Fried Chicken
Korang pernah dengar tak pasal Uncle Jack Fried Chicken ni? Waktu pertama kali aku makan Uncle Jack ni masa pindah ke Cheras. Waktu tu macam sengkek gile. Tengok menu Uncle Jack ni, aku teruja gila. Menu set ayam goreng ranggup dua ketul, nasi ayam dan secawan air berkarbonat berharga RM5.00 sahaja. Percaya? Tengok gambar yang aku pinjam dari blog kak Hayati.Kiteorang beli Set Menu B yang berharga RM5.00 tu satu sorang. Ada nasi ayam, ayam goreng ranggup berempah dua ketul dan satu cawan minuman berkarbonat yang boleh dipilih. Total harga untuk tiga Set menu B ni RM 15.90 termasuk tax. Rasa ayam dia sedap macam ayam KFC okay tapi dengan harga yang jauh lebih murah.
Packaging Uncle jack Fried Chicken. sedap menjilat jari dan berbaloi harganya untuk orang-orang yang sengkek di tengah-tengah bulan. Tak silap aku, Uncle Jack ni ada dekat Giant je kot sebab dekat resit dia, aku nampak nama company Giant.
Tu dia makanannye. Oh, air minuman boleh pilih dari pilihan berikut -- Coke, Fanta Strawberry, Fanta Orange, Fanta Grape, Sprite dan Ice Lemon Tea. Tengok nasi tu macam sikit je kan. ha, jangan tertipu. Nasi tu kena mampat dalam bungkusan. Bila korang makan, memang kenyang. Ayam dua ketul tu memang sedap, berempah dan ranggup.
Sebelum ni kalau aku makan dekat Uncle Jack ni, tak ada pulak dapat apa-apa. Tapi, hari semalam, waktu beli set menu ni, tiba-tiba casher tu letak topi ni atas kaunter lepas kakak aku bayar. Kiteorang pun macam pelik siap tanya "Eh, eh, dapat ni ke?". Hahahahha. Casher tu tergelak sikit sambil angguk.
Kalau korang berminat nak rasa Uncle Jack Fried Chicken ni, boleh lah usha Hypermarket Giant yang terdekat dengan korang kot kot ade ke kat sana. Jujur aku cakap, kalau korang beli Uncle Jack Fried Chicken ni memang jimat habis. Rasa dia setanding dengan ayam goreng keluaran company lain yang mana harga dia jauh lebih tinggi daripada Uncle Jack ni.
Itu baru jimat pasal makanan. Kalau korang nak tahu lagi macam mana nak jimat ehingga RM1000 dalam sebulan, korang boleh cuba dapatkan ebook Tips Jimat ni. Serius memang berbaloi kalau baca dan amalkan.

Demam denggi -- penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina.
Cara penyebaran -- gigitan nyamuk aedes daripada perumah yang berpenyakit virus Denggi kepada orang yang sihat.
Virus denggi ni akan terpendam dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari sebelum tanda-tanda demam denggi mula muncul. Biasanya pesakit akan mula dengan demam mengejut dan diikuti dengan simptom-simptom yang berbagai.
Dan ini, pengalaman aku waktu terkena demam denggi minggu lepas.
Khamis
Hari pertama aku demam. Tiba-tiba je demam. Padahal semalam elok je aku sihat. Tak ada pun tanda-tanda nak demam. Aku bangun pagi je, rasa sakit kepala yang amat sangat belah kiri. Tapi aku bangun jugak sebab kucing aku Simba dah mengeow kat luar pintu bilik, lapar. Aku bangun, turun bagi Simba makan lepas tu aku balik ke bilik semula. Baring.
Bila aku terjaga, dah tengah hari. Room mate aku rasa dahi aku, panas katanya. Demam lah tu. Aku nak bangun pun memang tak larat. Sudahnya, aku berkelubung dalam selimut, nak cepatkan perpeluhan. Ini salah satu tips untuk cepat sihat dari demam. Aku terbaring berkelubung dalam selimut sampai malam. Memang lenjun tilam aku basah dengan peluh je hari tu. Aku bangun semata-mata nak solat dan makan minum je. Itu pun makan tak ada selera sangat. Bila malam sikit, aku rasa demam dah kebah sikit.
Jumaat
Malam semalam aku rasa demam macam dah kebah tapi pagi ni aku rasa tak larat lagi nak bangun. Kepala berdenyut-denyut bila aku bangun. Hari ni seharian jugak aku terbaring berkelubung dalam selimut. Aku minum banyak air masak dan 100 plus. Asyik ulang alik ke tandas je. Minum banyak air ni pun salah satu petua untuk cepat sembuh dari demam.
Tengah hari ni, room mate aku order pizza untuk makan. Aku tak larat nak masak, room mate aku pulak tak reti nak masak. Walaupun pizza bau sedap, selera aku masih tak ada. Kena paksa makan dua keping pizza. Nak menghabiskan sekeping pizza pun aku tak larat. Ini pulak dua keping. Tak lama lepas tu, aku rasa sakit perut, loya-loya nak muntah. Waktu ni aku ingat aku kena keracunan makanan.
Sabtu
Hari ni rasa nak muntah makin menjadi. Sakit perut memang tahap tak tahu lah kenapa. Aku fikir mesti sebab keracunan makanan semalam ni. Nak makan apa-apa pun aku fikir 2 3 kali jugak. Belakang aku rasa sengal-sengal. Kaki dan lengan aku rasa sangat tak selesa. Lenguh-lenguh je dekat pelipat siku dan pelipat lutut. Bahu dan lengan aku pulak rasa macam baru lepas angkat barang berat. Lenguh sangat. Sakit belakang dan lenguh-lenguh kaki serta tangan ni ni pulak aku fikir sebab lama sangat berbaring. Kepala pulak sakit setiap kali bangun. Alih-alihnya aku baring je lah. Memang tak larat nak buat apa-apa.
Dalam hati aku duk fikir, alahai besok dah start puasa. Macam mana nak sahur, macam mana nak puasa, macam mana nak berbuka kalau aku duk sakit macam ni je. So, aku bangun jugak pergi mandi. Lepas mandi aku rasa segar sikit. Tapi lepas tu, badan masih rasa tak selesa. Terus tidur sampai malam. Tidur aku lena sampai lah pagi Ahad, bila aku mula muntah.
Itu pengalaman aku demam pada 3 hari pertama. Pada waktu ni aku ingatkan demam tu demam biasa je, bukan demam denggi. Sampailah hari Ahad, bila demam aku makin teruk dan banyak lagi tanda-tanda demam denggi mula muncul. Nanti aku akan sambung cerita demam denggi ni dalam entri yang akan datang.
Demam.
Denggi. Nyamuk Aedes. Perkataan-perkataan yang aku dah haru sangat
dengar kebelakangan ni sebab aku dah merasa renyahnya bila diserang
demam denggi walaupun yang tak teruk. Waktu aku pergi hospital sebab
demam denggi ni, doktor ada cakap -- demam denggi ni tak ada ubat. Untuk
kembali sihat, kita hanya bergantung pada sistem imun badan kita.
Apa pulak cara nak membantu sistem imun kita menentang virus-virus denggi ni? Meh aku nak kongsi sikit tips-tips cepat sembuh dari demam denggi. InsyaAllah.
Cara Merawat Demam Denggi
1. Banyakkan pengambilan cecair
Kenapa aku cakap cecair dan bukannya air? Sebabnya nak bagitahu sebenarnya minum air masak sahaja tak bagus jugak. Kena ada gabungan air masak, air berisotonik macam 100 plus, sup, jus buah dan sebagainya. Bukan aku yang cakap, haa. Ini doktor yang cakap masa aku kene ambil darah dekat hospital hari tu. Ini adalah cara yang paling senang untuk menambah air dalam badan untuk menstabilkan suhu badan.
2. Makan sup ketam
Kenapa sup ketam? Ketam ni ada sejenis protein yang tinggi yang mampu membina semula platelet darah yang hilang waktu demam denggi. Tapi pastikan ketam dimasak sup semata-mata bukan buat gulai lain pulak. Hee. InsyaAllah dengan makan sup ketam (isi ketam dengan kuah sup sekali), platelet darah akan kembali stabil. Masa aku demam dulu, bila balik rumah KL, Kakak aku renehkan sup ketam bunga untuk aku. Bila aku balik Pekan pulak, Mak buatkan sup ketam nipah. Terus sihat. :D
3. Minum jus daun betik
Petua minum jus betik ni, Angah aku dapat dari kawan berbangsa Cina dia. Katanya ambil daun betik, rebus dan minum. Jangan tambah gula atau kordial lain. Tapi ada jugak petua lain yang cakap, daun betik ni kena tumbuk sampai lumat untuk dapatkan jusnya yang pekat dan minum. Jus betik ni aku dah cuba dan MasyaAllah memang aku tak larat nak minum sebab bau dan rasanya memang tak boleh diterima tekak. So, kalau korang pun tak sanggup nak minum jus daun betik, korang boleh cuba jus-jus lain macam yang aku senaraikan kat bawah.
- Jus pegaga
- Jus kurma
- Jus kiwi
- Jus jambu
- Tembikai merah
Harapnya tips-tips yang aku bagi dapat bagi manfaat pada korang semua. Dan jangan lupa jaga diri dan periksa kawasan rumah korang. Pasti kan tak ada tempat-tempat yang strategik untuk nyamuk aedes bertelur dan membiak.
Demam denggi ni kalau dibiarkan melarat, boleh membawa maut. Jadi, kalau rasa macam badan tak sihat, demam, rasa sakit-sakit sendi dan ada tompokan merah pada kulit, cepat-cepat pergi hospital dan check. Demam denggi ni sangat bahaya.
Sejujurnya bila kita ditimpa macam-macam hal contohnya demam denggi, duit hilang, kemalangan mesti kita macam rasa rezeki sempit. Kita akan rasa kenapalah Allah duga kehidupan aku macam ni. Mungkin jugak kita rasa kita tak mampu nak hadap dugaan Allah. Rasa macam Allah tak cukup bagi kita rezeki itu ini.
Korang nak tahu tak macam mana nak tarik rezeki supaya datang pada kita? Supaya kita tak rasa rezeki sempit dengan macam-macam hal? Korang boleh baca dekat sini - Formula Tarik Rezeki.
Ramai yang mula-mula nak beli ebook ni rasa macam berkira-kira. Ye lah kan, orang mesti fikir, alah tak kan sebab baca buku je rezeki boleh bertambah. Itulah yang ramai orang cakap sebelum baca ebook ni. Tapi lepas baca, ramai yang bersyukur sebab dibukakan hati untuk dapatkan buku ini.
Dalam ebook ni korang akan dapat tips-tips macam mana nak mudahkan rezeki turun kepada kita. InsyaAllah kalau kita baca dan hadam betul-betul, ada sikit-sikit ayat sentap dalam buku ini yang boleh buka pemikiran kita dan seterusnya membantu kita tarik rezeki dari usaha kita sendiri.
Dalam ebook ni korang akan dapat tips-tips macam mana nak mudahkan rezeki turun kepada kita. InsyaAllah kalau kita baca dan hadam betul-betul, ada sikit-sikit ayat sentap dalam buku ini yang boleh buka pemikiran kita dan seterusnya membantu kita tarik rezeki dari usaha kita sendiri.