5 Lagu Raya Pilihan Aku

Masa bulan puasa hari tu, tengah-tengah bulan, aku ada banyak kali terdengan jiran aku pasang lagu raya. Mak aih. Belum separuh lagi nak habis puasa, dah mula pasang lagu raya? Eh eh melampau melampau. Sudahnya aku terikut-ikut menyanyi lagu yang jiran aku pasang tu. =___=

Kalau sekarang nak bukak lagu raya, aku tak kisah langsung. Bukak lah sampai meletup stereo kau tu. Hahaha. Tapi, aku ni memilih jugak tang lagu hari raya. Tak semua lagu raya aku boleh terima nak nak lagi lagu raya yang moden-moden ni. Sakit kepala bingit otak aku dengar. So, hari ni aku nak kongsikan dengan korang 5 lagu raya pilihan hati aku.

5 Lagu Raya Pilihan Aku


1. P. Ramlee - Dendang Perantauan



2. Saloma - Selamat Hari Raya



3. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya



4. DJ Dave - Menjelang Hari Raya

 


5. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya

 

Memang memang memang semua lagu-lagu lama. Tak ada pun lagu baru. Sebab aku rasa lagu-lagu lama ni mengundang memori aku masa kecik-kecik dulu. Rindu sangat waktu beraya kecik-kecik dulu. Tak macam sekarang. Jauh beza.

So, apa lagu raya pilihan hati korang?

5 Lagu Raya Pilihan Aku

0 comment... add one now