5 Minuman Yang Biasa Dihidangkan Pada Hari Raya

Pernah tak budak-budak datang beraya rumah korang, lepas tu bila korang hidangkan air minuman, diaorang tak minum. Bila tanya kenapa tak minum, diaorang jawab "Air tak sedap". Pui pui pui anak derhaka! Pernah makan kasut tak? Nasib baik anak orang. Kalau tak memang makan pelempang je dengan aku.

Kalau korang diberi pilihan nak minum air apa waktu datang beraya ke rumah orang, korang nak minum air apa? Lemon juice? Ice lemon tea? Watermelon? Apple slush? Ice blended chocolate?

5 Minuman Yang Biasa Dihidangkan Pada Hari Raya

Dekat sini aku nak senaraikan kebiasaan air yang aku selalu dapat waktu datang beraya dekat rumah saudara-mara, jiran-jiran dan kawan-kawan. 


Air sirap

Sirap ais

Air sirap atau pun nama lain baginya adalah air kenduri. Paling senang nak buat. Letak gula, letak perisa sirap rose, letak ais. Dah siap. Tapi aku suka kalau Mak yang buat. Mak biasa masak air gula dalam periuk besar, letak daun pandan lepas tu letak perasa sirap. Bila orang datang, baru ceduk sikit air gula sirap tu tambah air sejuk. Tadaaa siap dan sedap! Tak rasa fake macam guna sirap rose botol.


Air sunquick

Sunquick

Ini pun dah biasa orang buat. Kalau malas sangat nak buat air sirap dan rasa nak moden sikit, buat air oren Sunquick. Sunquick pulak ada banyak pilihan perisa. Pilih je nak perisa mana, tunjuk dan hulur duit dekat kaunter. Balik rumah buat air oren siap-siap, simpan dalam peti ais. Bila orang datang, keluarkan tambah ais. Siap!

Air sarsi

Sarsi 

Dulu-dulu masa kecil-kecil, saudara mara aku rajin sangat buat air sarsi ni. Waktu tu aku rasa air sarsi tengah viral kot. Pergi rumah saudara ni, air sarsi, pergi rumah saudara ni air sarsi. Penangan dia, sampai sekarang ada kordial air sarsi dekat rumah aku di Cheras. Kalau rasa bosan-bosan minum air masak, buat la air sarsi tambah manis dalam hidup.


Air teh

Teh panas

Sebenarnya aku paling tak suka kalau tuan rumah bagi air panas. Aku ni dah lah tak tahan panas. Datang pulak tengah hari. Dekat luar tengah panas, diaorang bagi pulak air panas. Memang aku tak minum lah kan. Lain lah kalau dieorang bagi air teh sejuk manis potong kaki. Pasti aku tak kan menolak.

Air bikarbonat

Air berkarbonat 

Kalau air berkarbonrat ni biasanya saudara-saudara yang dekat je hidangkan. Tak pun dekat rumah open house. Senang. Tak yah bancuh, tak yah apa. Letak bekas ais dekat tepi, letak botol air berkarbonat, hah lantak korang lah nak ambil air apa. Layan diri sudah.


Korang pulak macam mana? Air apa yang selalu korang dapat bila datang beraya dekat rumah orang? Meh kongsi sikit dengan aku.


Eh, dah lah, aku nak kira berapa ringgit aku dapat duit raya tahun ni.



0 comment... add one now