7 Adab Kunjung-Mengunjung Di Hari Raya

Dalam bulan hari raya ni lah orang akan ambil cuti lama-lama untuk pulang beraya di kampung. Dan ini jugak lah masa yang sangat sesuai untuk korang-korang yang dah lama tak jumpa saudara-saudara atau kawan-kawan untuk menyemarakkan lagi amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain.

Adab Kunjung-Mengunjung Di Hari Raya

Dulu waktu belajar di Shah Alam, ada kawan aku ni buat open house. Kiteorang ramai-ramai datang belah malam sebab belah pagi dia open untuk kawan-kawan sekolah dan saudara je. Kiteorang tak ada hal. Demi makanan kot. Sanggup datang biarlah malam pun. 

Time tu pulak ada cerita best dekat TV. Sudahnya kiteorang melekat dekat rumah kawan kiteorang tu sampai nak dekat pukul 12 dah. Padahal member dah bagi hint dia penat. Hint dia -- buat exercise depan kiteorang. Tapi kiteorang tak paham-paham jugak sampai lah dia terpaksa cakap "Weh, korang tak nak balik lagi ke?" Wahahahahha!


7 Adab Kunjung-Mengunjung Di Hari Raya

Disebabkan aku ada pengalaman-pengalaman menyusahkan tuan rumah pada hari raya, aku nak kongsikan sikit dengan korang cara pergi beraya di Hari Raya. Semoga korang tak ikut jejak langkah aku yang selalu buat tuan rumah susah. Hohoho.

Memilih masa yang sesuai

Kalau nak datang beraya rumah orang tu, pilih masa yang agak-agak korang sesuai. Jangan datang pagi buta pukul 7, orang tak siap sedia makanan lagi. Dan jangan pulak datang tengah-tengah malam, karang jadi macam cerita aku kat atas tadi.

Pakai pakaian yang sopan dan menutup aurat

Waktu hari raya ni, semua golongan usia akan berada dalam rumah yang korang kunjungi tu. Ada budak-budak kecik, ada remaja, ada dewasa dan ada orang tua. Jagalah pakaian korang, jangan seksi, jangan pakai baju mengarut-ngarut. Hormati orang lain.

Beri salam dan minta izin untuk masuk

Bila dah sampai rumah yang nak dilawati tu, bagi salam. Jangan pakai terjah masuk je walaupun pintu rumah terbuka. Tak sopan betul. Bila dah dijemput masuk, jangan lupa pulak bersalam-salaman.

Jam

Pendekkan tempoh lawatan

Datang beraya rumah orang, kejap-kejap dah lah. Setengah jam pun dah dikira bagus. Tuan rumah duduk melayan tetamu non stop dari pagi sampai ke malam. Sekurang-kurangnya bagi lah dieorang masa untuk rehat sikit. Penat kot malayan tetamu ni.

Menjaga perilaku

Dah sampai rumah orang, korang jangan buat perangai pulak. Kalau tuan rumah ada anak dara fewit fewit, kawal sikit pandangan korang tu. Jangan nampak gelojoh sangat. Selain tu rendahkan suara. Jangan jumpa geng-geng sekepala duk melalak dekat rumah orang.

Beri salam dan minta izin untuk pulang

Lepas dah habis makan, minum, berborak -- dah tiba masa untuk balik. Minta izin untuk balik. Jangan lupa untuk bersalam-salaman dan doakan kebaikan terhadap tuan rumah.


Waktu hari raya ni seboleh-bolehnya tuan rumah akan berusaha untuk menghias rumah secantik mungkin, menyediakan makanan dan minuman yang sesedap mungkin, memberi duit raya sebanyak mungkin dan sebagainya. Tapi, kalau ada yang tak sempurna tu, korang jangan nak mengata dieorang pulak. Bukan semua orang mampu tahu?
 Mengumpat

Pesanan pihak penaja. Mulut jangan bau longkang sangat :O Selamat hari raya maaf zahir dan batin korang!


Eh, dah lah, aku nak pergi kutip duit raya lagi!






0 comment... add one now