Berbuka Puasa Dengan Uncle Jack

Hari semalam Nuzul Quran. Tapi room mate aku kerja shift petang sampai malam. So, kakak-kakak aku rajin lah datang rumah nak beli barang dapur dan bukak puasa sama-sama. Mula-mula kiteorang pergi pasaraya CS Brothers beli barang. Lepas tu Ke Giant Cheras pulak. 

Dalam beli barang, kiteorang duk fikir nak makan apa lah berbuka nanti. Alang-alang dah ada dekat Giant Cheras tu, aku pun cadangkan berbuka puasa dengan Uncle Jack Fried Chicken.

Uncle Jack

Korang pernah dengar tak pasal Uncle Jack Fried Chicken ni? Waktu pertama kali aku makan Uncle Jack ni masa pindah ke Cheras. Waktu tu macam sengkek gile. Tengok menu Uncle Jack ni, aku teruja gila. Menu set ayam goreng ranggup dua ketul, nasi ayam dan secawan air berkarbonat berharga RM5.00 sahaja. Percaya? Tengok gambar yang aku pinjam dari blog kak Hayati.



Menu Uncle Jack

Kiteorang beli Set Menu B yang berharga RM5.00 tu satu sorang. Ada nasi ayam, ayam goreng ranggup berempah dua ketul dan satu cawan minuman berkarbonat yang boleh dipilih. Total harga untuk tiga Set menu B ni RM 15.90 termasuk tax. Rasa ayam dia sedap macam ayam KFC okay tapi dengan  harga yang jauh lebih murah.

Uncle Jack Fried Chicken

Packaging Uncle jack Fried Chicken. sedap menjilat jari dan berbaloi harganya untuk orang-orang yang sengkek di tengah-tengah bulan. Tak silap aku, Uncle Jack ni ada dekat Giant je kot sebab dekat resit dia, aku nampak nama company Giant.

Makan Uncle Jack

Tu dia makanannye. Oh, air minuman boleh pilih dari pilihan berikut -- Coke, Fanta Strawberry, Fanta Orange, Fanta Grape, Sprite dan Ice Lemon Tea. Tengok nasi tu macam sikit je kan. ha, jangan tertipu. Nasi tu kena mampat dalam bungkusan. Bila korang makan, memang kenyang. Ayam dua ketul tu memang sedap, berempah dan ranggup. 

Cap Coca Cola

Sebelum ni kalau aku makan dekat Uncle Jack ni, tak ada pulak dapat apa-apa. Tapi, hari semalam, waktu beli set menu ni, tiba-tiba casher tu letak topi ni atas kaunter lepas kakak aku bayar. Kiteorang pun macam pelik siap tanya "Eh, eh, dapat ni ke?". Hahahahha. Casher tu tergelak sikit sambil angguk.

Kalau korang berminat nak rasa Uncle Jack Fried Chicken ni, boleh lah usha Hypermarket Giant yang terdekat dengan korang kot kot ade ke kat sana.

Eh, dah lah, aku nak siap-siap bukak puasa.

 

0 comment... add one now