Cara Merawat Demam Denggi

Demam. Denggi. Nyamuk Aedes. Perkataan-perkataan yang aku dah haru sangat dengar kebelakangan ni sebab aku dah merasa renyahnya bila diserang demam denggi walaupun yang tak teruk. Waktu aku pergi hospital sebab demam denggi ni, doktor ada cakap -- demam denggi ni tak ada ubat. Untuk kembali sihat, kita hanya bergantung pada sistem imun badan kita.
 
Apa pulak cara nak membantu sistem imun kita menentang virus-virus denggi ni? Meh aku nak kongsi sikit tips-tips cepat sembuh dari demam denggi. InsyaAllah.

Cara Merawat Demam Denggi

1. Banyakkan pengambilan cecair

Kenapa aku cakap cecair dan bukannya air? Sebabnya nak bagitahu sebenarnya minum air masak sahaja tak bagus jugak. Kena ada gabungan air masak, air berisotonik macam 100 plus, sup, jus buah dan sebagainya. Bukan aku yang cakap, haa. Ini doktor yang cakap masa aku kene ambil darah dekat hospital hari tu. Ini adalah cara yang paling senang untuk menambah air dalam badan untuk menstabilkan suhu badan.

Sup ketam
Sumber: Zaimieza

2. Makan sup ketam

Kenapa sup ketam? Ketam ni ada sejenis protein yang tinggi yang mampu membina semula platelet darah yang hilang waktu demam denggi. Tapi pastikan ketam dimasak sup semata-mata bukan buat gulai lain pulak. Hee. InsyaAllah dengan makan sup ketam (isi ketam dengan kuah sup sekali), platelet darah akan kembali stabil. Masa aku demam dulu, bila balik rumah KL, Kakak aku renehkan sup ketam bunga untuk aku. Bila aku balik Pekan pulak, Mak buatkan sup ketam nipah. Terus sihat. :D

3. Minum jus daun betik

Petua minum jus betik ni, Angah aku dapat dari kawan berbangsa Cina dia. Katanya ambil daun betik, rebus dan minum. Jangan tambah gula atau kordial lain. Tapi ada jugak petua lain yang cakap, daun betik ni kena tumbuk sampai lumat untuk dapatkan jusnya yang pekat dan minum. Jus betik ni aku dah cuba dan MasyaAllah memang aku tak larat nak minum sebab bau dan rasanya memang tak boleh diterima tekak. So, kalau korang pun tak sanggup nak minum jus daun betik, korang boleh cuba jus-jus lain macam yang aku senaraikan kat bawah.
  • Jus pegaga
  • Jus kurma
  • Jus kiwi
  • Jus jambu
  • Tembikai merah

Harapnya tips-tips yang aku bagi dapat bagi manfaat pada korang semua. Dan jangan lupa jaga diri dan periksa kawasan rumah korang. Pasti kan tak ada tempat-tempat yang strategik untuk nyamuk aedes bertelur dan membiak.

Demam denggi ni kalau dibiarkan melarat, boleh membawa maut. Jadi, kalau rasa macam badan tak sihat, demam, rasa sakit-sakit sendi dan ada tompokan merah pada kulit, cepat-cepat pergi hospital dan check. Demam denggi ni sangat bahaya.

0 comment... add one now