Mari Beramal Sambil Memanjakan Diri Di Amante Nail Spa & Body Care

Aku tahu kebanyakkan pembaca blog aku ni ramai perempuan kan? Keh keh keh. Eh jangan fikir macam-macam aku tak ada niat jahat. :p Sebenarnya aku tahu orang perempuan ni mesti suka barang kemas, baju-baju cantik dan jugak pergi spa kan? Ye ke dak?

Amante

Kalau korang suka pergi memanjakan diri korang dekat spa, aku nak ajak korang bersantai di spa sambil buat amal kebajikan. Nak tak? Dia macam sambil menyelam sambil minum air la. Satu kau dapat pahala buat amal sambil-sambil tu korang boleh memanjakan diri dengan urutan batu panas (hot stone massage). Berminat tak?

Kerja amal apa?

Kerja amal ini dinamakan Pesta Kebajikan Amante (Amante's Charity Fair). Ia merupakan pesta kebajikan satu hari  yang akan berlangsung pada 7 September 2014 dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Dalam pesta ini, korang boleh redeem booklet Amante Charity Coupon hanya dengan harga RM35. Dalam booklet tu korang akan dapat:
  • 7 x RM5 voucher duit -- boleh beli treatments, main aktiviti, beli makanan dan permainan sewaktu pesta tu nanti.
  • Bonus THANK YOU Hot Stone Massage treatment yang bernilai RM88 (boleh digunakan dalam tempoh 1 Julai hingga 30 September 2014).

Pesta Kebajikan Amante

Siapa yang menganjurkan kerja amal ni?

Pesta Kebajikan Amante ini telah dianjurkan oleh Amante Nail Spa & Body Care -- sebuah spa superlatif untuk wanita-wanita yang mementingkan kecantikan dan kesihatan.

Okkkayy, so apa yang boleh disumbangkan?

Tak susah pun. Korang cuma perlu beli booklet Amante Charity Voucher yang berharga RM35 dekat cawangan Amante yang terdekat dengan korang. Boleh layari laman web Amante untuk tahu dekat mana dieorang beroperasi. 

Apa? Tak ada masa? Tak de cawangan yang terdekat? Tak apa, transfer atau bank in kan saje RM35 kepada:

                MAYBANK (Amante Beauty Care Sdn Bhd)
                Nombor akaun: 512491131743

Lepas tu hantarkan slip transfer/bank in sekali dengan nama, email dan nombor telefon kepada:

                email: amantecharity@gmail.com 

Kemudian korang dijemput untuk hadir ke Amante Charity Fair serta mengambil booklet voucher korang di situ. Banyak aktiviti, games, rawatan dan macam-macam lagi.


fund raising

 

Sumbangan akan diserahkan kepada siapa dan untuk tujuan apa?

Aku tahu kadang-kadang kita boleh jadi skeptikal sikit bila orang nak buat fund raising kan. Pada siapa nak bagi duit tu. Atas tujuan apa diberi duit tu. Yakin ke dieorang akan bagi kesemue duit tu pada orang yang memerlukan?

Ok, kesemua duit yang terkumpul akan diserahkan kepada sebuah rumah kanak-kanak Good Samaritan Home untuk pendidikan mereka. Melalui kutipan derma ini, rumah kanak-kanak ni pasti mampu menyediakan pendidikan yang sesuai kepada penghuni-penghuni mereka mengikut usia masing-masing.

Good Samarintan Home ini adalah sebuah rumah kanak-kanak non-profit yang komited berkhidmat untuk menjaga kanak-kanak miskin dan yang memerlukan. Kebanyakan kanak-kanak ni datang dari keluarga yang berpecah-belah atau mungkin mengalami masalah keluarga yang berat.

Tujuan utama kewujudan Good Samaritan Home yang mula beroperasi pada Januari 1999 adalah untuk memberi keselesaan fizikal, rohani dan pendidikan kepada kanak-kanak ini. Hanya bermula dengan seorang kanak-kanak di awal penubuhan, kini Good Samaritan Home memberi tempat berteduh kepada 32 orang kanak-kanak dan lagi 30 orang berada dalam Extension Program.  


Good Samaritan Home
 
Kita bernasib baik masih duduk dengan keluarga, boleh belajar elok-elok sampai masuk universiti. Dieorang? Kalau kite mampu ape salahnye kite tolong kan? Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari:






0 comment... add one now