Menang Contest Pengomen Terbanyak Denaihati

Korang ada tengok tak banner hijau dekat sidebar aku sebelah ni? Yang banner Contest Cabaran Duit Raya 2014. Kontest ni sebenarnya ada 3 kategori. Nanti aku cerita pasal kontest ni dekat entri lain. Kalau korang nak join, masih ada masa lagi. Klik je banner tu atau pun klik Contest Cabaran Duit Raya 2014.

Denaihati

Macam aku cakap tadi, kontest ni ada 3 bahagian. Setakat ni aku baru join Kontest 7 Pengomen Terbanyak dekat blog Denaihati. Kontest ni berlangsung selama empat minggu dan setiap minggu seramai tujuh orang pengomen tertinggi akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah dia pemenang akan mendapat RM100 setiap seorang.

Hai duit raya. Siapa yang tak nak kan? Aku pun bersungguh lah join kontest ni. Tulis komen yang bermakna dan berlawan dengan peserta-peserta yang lain. Minggu pertama ni, keputusan untuk tujuh pemgomen tertinggi telah diumumkan pada hari semalam 18 Julai 2014. Dan Alhamdullilah aku berjaya mendapat antara tujuh pengomen yang tertinggi di blog Denaihati.

Dapat nombor empat pun jadi lah. Dapat duit raya nak bagi dekat Mak dan Bapak aku. Hehehehe.

Denaihati

Kalau korang nak jugak menang duit raya, apa kate korang join kontest-kontest yang tengah diadakan di blog Denaihati. Kontest-kontest tu lama lagi tarikh akhir die. Tak rugi pun kalau join. Bukan setakat berpeluang menang duit raya saja tapi lebih daripada itu. Apa yang lebih? Nanti aku cerita dalam entri yang lain. Hehehehhe.

Eh, dah lah, aku nak tidur besok ada interview kerja.

0 comment... add one now