Pengalaman Demam Denggi (Bahagian 1)

Demam denggi -- penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. 

Cara penyebaran -- gigitan nyamuk aedes daripada perumah yang berpenyakit virus Denggi kepada orang yang sihat.

Nyamuk Aedes

Virus denggi ni akan terpendam dalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari sebelum tanda-tanda demam denggi mula muncul. Biasanya pesakit akan mula dengan demam mengejut dan diikuti dengan simptom-simptom yang berbagai.

Dan ini, pengalaman aku waktu terkena demam denggi minggu lepas.

Khamis

Hari pertama aku demam. Tiba-tiba je demam. Padahal semalam elok je aku sihat. Tak ada pun tanda-tanda nak demam. Aku bangun pagi je, rasa sakit kepala yang amat sangat belah kiri. Tapi aku bangun jugak sebab kucing aku Simba dah mengeow kat luar pintu bilik, lapar. Aku bangun, turun bagi Simba makan lepas tu aku balik ke bilik semula. Baring.

Bila aku terjaga, dah tengah hari. Room mate aku rasa dahi aku, panas katanya. Demam lah tu. Aku nak bangun pun memang tak larat. Sudahnya, aku berkelubung dalam selimut, nak cepatkan perpeluhan. Ini salah satu tips untuk cepat sihat dari demam. Aku terbaring berkelubung dalam selimut sampai malam. Memang lenjun tilam aku basah dengan peluh je hari tu. Aku bangun semata-mata nak solat dan makan minum je. Itu pun makan tak ada selera sangat. Bila malam sikit, aku rasa demam dah kebah sikit.

Jumaat

Malam semalam aku rasa demam macam dah kebah tapi pagi ni aku rasa tak larat lagi nak bangun. Kepala berdenyut-denyut bila aku bangun. Hari ni seharian jugak aku terbaring berkelubung dalam selimut. Aku minum banyak air masak dan 100 plus. Asyik ulang alik ke tandas je.  Minum banyak air ni pun salah satu petua untuk cepat sembuh dari demam.

Tengah hari ni, room mate aku order pizza untuk makan. Aku tak larat nak masak, room mate aku pulak tak reti nak masak. Walaupun pizza bau sedap, selera aku masih tak ada. Kena paksa makan dua keping pizza. Nak menghabiskan sekeping pizza pun aku tak larat. Ini pulak dua keping. Tak lama lepas tu, aku rasa sakit perut, loya-loya nak muntah. Waktu ni aku ingat aku kena keracunan makanan.

Tanda-tanda demam denggi

Sabtu

Hari ni rasa nak muntah makin menjadi. Sakit perut memang tahap tak tahu lah kenapa. Aku fikir mesti sebab keracunan makanan semalam ni. Nak makan apa-apa pun aku fikir 2 3 kali jugak. Belakang aku rasa sengal-sengal. Kaki dan lengan aku rasa sangat tak selesa. Lenguh-lenguh je dekat pelipat siku dan pelipat lutut. Bahu dan lengan aku pulak rasa macam baru lepas angkat barang berat. Lenguh sangat. Sakit belakang dan lenguh-lenguh kaki serta tangan ni ni pulak aku fikir sebab lama sangat berbaring. Kepala pulak sakit setiap kali bangun. Alih-alihnya aku baring je lah. Memang tak larat nak buat apa-apa.

Dalam hati aku duk fikir, alahai besok dah start puasa. Macam mana nak sahur, macam mana nak puasa, macam mana nak berbuka kalau aku duk sakit macam ni je. So, aku bangun jugak pergi mandi. Lepas mandi aku rasa segar sikit. Tapi lepas tu, badan masih rasa tak selesa. Terus tidur sampai malam. Tidur aku lena sampai lah pagi Ahad, bila aku mula muntah.


Itu pengalaman aku demam pada 3 hari pertama. Pada waktu ni aku ingatkan demam tu demam biasa je, bukan demam denggi. Sampailah hari Ahad, bila demam aku makin teruk dan banyak lagi tanda-tanda demam denggi mula muncul. Nanti aku akan sambung cerita demam denggi ni dalam entri yang akan datang.





2 comments.. read them below or add one

Ayah Najmi Ayah Najmi 19 August, 2015
GERAM betul saya dgn nyamuk aedes ni..sama2lah kita jaga anak2 kita sbb kalau denggi kena pada kanak2 lebih bahaya..kes denggi berdarah kanak2 paling tinggi..

moga kita dijauhkan dari demam denggi ni ye.
Fadzi Razak Fadzi Razak 20 August, 2015
InsyaAllah ade prevention memang tak kena la :D