Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Temuduga Kerja

Minggu ni aku rasa tema entri-entri aku ialah pasal "Interview Kerja". Hahaha. Alang-alang aku baru je lepas kena temuduga kerja hari Isnin yang lepas, aku nak kongsi lah sedikit tips-tips yang aku rasa kan perlu untuk mereka-mereka yang akan menghadapi interview kerja nanti tahu.

Sebelum ni aku ada bagi tips sebelum menghadapi interview dan tips ketika menghadapi interview. Kali ni aku nak kongsikan apa yang korang perlu bawak ketika temuduga  nanti.

Checklist interview

Senarai Semak Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Temuduga Kerja 

Peta ke tempat interview.

Kalau korang tak pernah pergi tempat interview kerja tu, aku sarankan korang bawak peta dan alamat syarikat tu. Tapi sekarang rasa nya orang lebih moden kan. Pakai GPS je senang.

CV/Resume, cover letter, surat panggilan temuduga.

Yang penting kena bawak resume. Tak kisah lah kalau dalam jemputan interview kerja tu dieorang tak suruh bawah pun. Kalau syarikat tu mintak korang bawak curriculum vitae (CV), bawak je lah. Bawak sekali cover letter. Kalau dapat surat jemputan temuduga, bawak sekali.
  • Resume: Ringkasan kemahiran, pengalaman dan pendidikan dalam satu dua muka surat.
  • Curriculum Vitae: Gambaran terperinci tentang keseluruhan pengalaman, kelayakan dan latar belakang pendidikan yang lebih panjang daripada resume.
  • Cover letter: Dokumen pengenalan untuk memberi maklumat tambahan kepada penemuduga kemahiran dan pengalaman.

Pen and paper

Pen dan kertas

Kadang-kadang ada syarikat yang perlukan korang tulis borang atau pun tanda tangan buku tetamu waktu sampai dekat syarikat dieorang. Lebih senang kalau korang ada pen sendiri. Kertas pulak untuk korang catatkan apa-apa yang penting. 

Duit lebih

Mana tahu tengah-tengah memandu, kereta buat hal pulak. Kena ambil teksi. Tengok-tengok tak cukup duit pulak. Penting duit lebih ni untuk perkara-perkara yang tak terjangka macam ni.


Hari tu aku interview kerja, satu je daripada senarai semak kat atas ni aku tak bawak. Pen dan kertas. Bila interviewer suruh isi borang, aku pun terkial-kial tak ada pen. Kena lah mintak pinjam pen dieorang dulu. Huhuhu. Malu. So, korang take note ok apa yang perlu dibawak ni.

Waktu interview kerja ni, macam-macam perkara yang boleh berlaku. Kalau tak ada panduan macam mana nak hadiri temuduga kerja, nak nak pulak bagi yang baru habis belajar dan tak ada pengalaman pergi interview, memang seksa jugak rasanya. Kalau korang rasa korang perlukan rujukan untuk menghadiri interview kerja ni, korang boleh baca panduan lengkap temuduga kerja ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, kerja tu milik korang dengan persediaan lengkap daripada panduan ni. 


Entri berkaitan tips interview yang mungkin korang berminat:
1. Tips Sebelum Menghadiri Interview Kerja 



0 comment... add one now