Tips Sebelum Menghadiri Interview Kerja

Dalam entri sambung belajar di UiTM, aku ada cakap tak dapat kerja lagi kan. Tup tup petang tadi aku dapat satu panggilan daripada salah satu syarikat dekat Shah Alam suruh datang temuduga kerja. Syarikat mana aku senyap-senyap je la dulu. Takut semangat duk heboh-heboh hari ni, besok tak dapat pulak.

Tips Sebelum Menghadiri Interview Kerja
Ikutkan Encik yang telefon aku tu, dia suruh datang interview kerja hari esok (Jumaat). Tapi aku mintak tunda ke minggu hadapan. Ish, tak nak aku kena interview besok. Tak sempat nak siap sedia apa-apa. Jadi, Encik tu mintak aku datang hari Isnin minggu depan pukul 2.30 petang.

Aku dah lama tak menghadiri mana-mana temuduga pekerjaan. Nak sedia apa pun aku dah blur. Maka, aku buat la research sikit nak sediakan apa sebelum mengadiri temuduga kerja ni nanti dan ini, apa yang aku jumpa dan boleh kongsikan dengan korang.

Tips Sebelum Menghadiri Temuduga Kerja


1. Ketahui format temuduga

  • Seboleh-bolehnya korang cuba ambil tahu berapa lama interview kerja tu akan berjalan. Sejam? Setengah jam? 
  • Lepas tu, kena tahu siapa yang akan menemuduga korang. Big boss? HR? Nama apa?
  • Apa format interview tu nanti. Ada teknikal test ke interview berdasarkan portfolio ke interview guna case study ke.
  • Interview tu nanti sorang-sorang ke dalam kumpulan? Kalau sorang-sorang senang sikit nak tonjolkan diri daripada dalam kumpulan. Bagi aku lah sebab aku ni pemalu.
  • Korang kena bawa apa-apa ke? Laptop ke portfolio ke.


2. Kenalpasti maklumat jawatan yang dipohon

Pastikan korang faham betul-betul berkenaan dengan jawatan yang korang mohon tu. Apa skop pekerjaan dia, apa kelayakan untuk menjawat jawatan tu dan berapa gaji minimum untuk pekerjaan tu.

3. Kenali diri sendiri

Cuba tengok skop pekerjaan jawatan yang korang pohon. Apa kriteria-kriteria yang disenaraikan dalam skop kerja tu. Korang boleh jadi kan skop pekerjaan tu sebagai garis panduan untuk menjawab soalan-soalan daripada tukang temuduga -- peribadi, kemahiran, pengalaman kerja dan kelayakan. Cuba tonjolkan diri korang daripada pemohon-pemohon yang lain.

Tips Sebelum Menghadiri Interview Kerja

4. Kenali syarikat yang akan menemuduga korang

Google nama syarikat tu. Tengok laman web, Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn syarikat tu dan cari sebanyak mungkin maklumat tentang mereka. Apa yang mereka buat, bila ditubuhkan, siapa CEO, siapa COO, syarikat mana yang pernah bekerjasama dengan dieorang, apa produk dieorang, apa perancangan terbaru dieorang dan lain-lain lagi. Baca jugak kalau syarikat tu pernah masuk surat kabar atau media-media lain.

5. Fikirkan soalan-soalan yang releven

Bayangkan korang dalam sesi INTERVIEW KERJA, cuba fikirkan apa soalan yang mungkin akan ditanya oleh penemuduga kepada korang dan soalan yang korang nak nak tanya pada penemuduga.

6. Ketahui jawapan korang

Soalan interview kerja akan berbeza mengikut syarikat dan jawatan. Tapi, ada jugak soalan-soalan yang lebih kurang sama macam:
  • Tolong beritahu saya tentang diri kamu.
  • Apakah kelemahan dan kekuatan kamu?
  • Kenapa kamu nak bekerja di sini?
  • Kenapa kamu berhenti dari tempat kerja lama?

Pastikan korang dah tahu jawapan bagi setiap jawapan yang mungkin akan ditanya. Untuk tahu lebih banyak contoh soalan, korang Google je. Mesti belambak keluar. Oh, korang tolong doakan interview aku hari Isnin minggu depan okay? Semoga aku dapat kerja ni.

Eh, dah lah, aku nak pergi baca panduan lengkap untuk interview kerja.



Entri berkaitan tips interview yang mungkin korang berminat:
1. Tips Ketika Menghadiri Interview Kerja  

0 comment... add one now