Tips Selepas Menghadiri Interview

July 23, 2014

Ok, ok. Entri ni mungkin entri terakhir aku akan tulis pasal tips-tips interview kerja. Takut korang bosan pulak karang asyik cerite tema yang sama je kan. Tips sebelum interview aku dah cerita. Tips semasa interview pun aku dah cerita. Apa yang nak dibawak waktu interview pun aku dah kongsikan. Sekarang aku nak kongsikan tips selepas menghadiri temuduga kerja.

Interview Kerja


Tips Selepas Menghadiri Interview



Hantar surat atau emel terima kasih.

Dalam surat atau emel terima kasih tu, ucapkan berbanyak terima kasih pada syarikat tu sebab bagi peluang pada korang untuk menghadiri interview kerja tersebut.  Tulis sekali betapa korang enjoy dengan interview yang lepas dan betapa korang berminat dengan perkerjaan tu.

Tanya maklumbalas sama ada dapat perkerjaan tu atau tidak.

Buat susulan sewajarnya. Kadang-kadang masa temuduga, interviewer akan bagitahu dieorang akan inform korang dapat ke tak kerja tu. Ada jugak yang tak. So, kalau yang tak cakap tu, tanggungjawab korang lah untuk follow up balik dengan syarikat tu.  

Temuduga kerja

Doa, doa, doa dan tawakal.

Rezeki tu datang dari Allah. Kalau Dia nak bagi kau kerja tu, dapat lah. Kalau tak, Dia ada rancang sesuatu yang lebih baik dari pekerjaan tu untuk korang. So, banyak-banyak berdoa Allah berikan yang terbaik untuk korang.


Sekarang, aku tengah tunggu keputusan sama ada dapat ke tak kerja ni. Katanya, keputusan akan diberitahu lepas raya nanti.  Agak-agaknye dapat ke tidak? Aku ada jugak tunggu panggilan interview kerja dari syarikat lain. Tapi, tak dapat-dapat lagi.


Eh, dah lah, aku nak tulis email terima kasih dekat syarikat yang interview kerja aku Isnin lepas.


Entri berkaitan tips interview yang mungkin korang berminat:




You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter