Bertunang Sesaat; Sedih Atau Gembira?

Disebabkan abang aku akan kahwin hari ni, maka nya tema entri aku sepanajang minggu ni ialah "Kahwin". Boleh? Keh keh keh.

Kahwin

"Kahwin Itu Mudah Kalau Kita Mudahkan!" 

Dua tiga hari ni, kecoh dalam Facebook pasal Mira Pak Nasir. Siapa Mira Pak Nasir ni? Siapa? Kalau korang seorang yang kaki Facebook mesti korang dah terbaca pasal kisah dia ni. Kisah apa? Kisah pasal bertunang sesaat.

Sebelum ni kalau korang pernah baca pasal artis yang kahwin seminggu, kahwin beberapa jam. Kali ni Mira Pak Nasir ni cuma bertunang sesaat sahaja. Sedih? Tak adalah. Ini berita yang paling menggembirakan bagi Mira Pak Nasir dan tunang dia sekeluarga. Isk jangan cakap aku kejam. Cuba baca screen shot kat bawah ni. Apa maksud bertunang sesaat ni.


Mira Pak Nasir

Untung keluarga kedua-dua belah pihak. Memudahkan pernikahan. Tak payah pening-pening kepala. Bagi aku prosedur dekat Malaysia ni buat orang pening kepala sangat. Dengan kursus kahwin, buat ujian HIV, kena dapatkan pengesahan bujang dari majikan, kena buat paper work. Alahai. Susah betul. Betul kan susah tapi, semua benda tu jugak lah perlu untuk menjaga kebajikan kedua-dua pasangan.

Tu tak tambah lagi dengan majlis kenduri yang kosnya sampai berpuluh-puluh ribu ringgit, hantaran lagi, macam-macam lagi. Fuh, kan bagus kalau orang Melayu punya pemikiran ni macam keluarga Mira Pak Nasir. 

Eh, dah lah, abang aku dah nak akad nikah dah tu. :D

0 comment... add one now