Hari Khamis lepas, kakak sulung aku ajak lepak sama-sama sambil-sambil nak meraikan hari lahir kakak aku yang kedua. Tapi, kakak aku yang ketiga tak dapat ikut. --> Motif perenggan pertama ni sebenarnya nak bagitahu aku ada tiga orang kakak. Hakhakhak.
Kakak sulung aku ni jenis yang suka pergi buat aktiviti-aktiviti outdoor dan mengembara jadi banyak jugak lah tempat yang menyeronokkan yang dia tahu. Jadinya, Khamis lepas dia bawak kiteorang pergi main lompat-lompat dekat Jump Street Trampoline Park.
You jump, I jump orang putih kata. Bagi yang tak tahu lagi kewujudan tempat ni, Jump Street ni terletak dekat Petaling Jaya dan akan datang dekat Penang pulak. Tempat ni memang cool gila, rugi kalau korang tak cuba pergi. Boleh buat apa dekat sini?
Hah, bila sebut barang percuma je mesti korang-korang semua bulat mata seronok kan? Hahahha. Rilek rilek semua. Aku pun suka barang percuma jugak. Typical Malaysian lah kata kan. Kat sini aku nak kongsi kan dengan korang dekat mana korang boleh dapat barang secara percuma!!!
Tapi awal-awal lagi aku nak bagi amaran pada korang. Dah namanya pun barang percuma kan. Janganlah anggap korang akan dapat banyak pulak. Bak kata rakyat marhaen "Bercukurlah Malaysia masih aman." Tetibe~

Update: Seminar ini dah pun tamat. Tapi tak apa, korang still boleh baca entry di bawah untuk tambah ilmu pasal affiliate.
Hmmm, barang dapur makin hari makin naik harga. Bulan April nanti kena GST pulak untuk barang dan servis yang dibeli dan digunapakai, yuran belajar tak dapat biasiswa lagi, makanan pun dah mahal sekarang ni, harga minyak makin tak menentu setiap bulan, kerja pun tak ada kerja tetap. Apa nak buat ni?
Aku pening kepala fikir pasal masa depan aku. Korang pening tak? Pening aku macam mana nak buat duit lebih nak tampung kehidupan yang lebih selesa sikit. Aku ingat awal-awal berblogging dulu, buat duit guna blog ni kacang je. Tapi, susah jugak rupanya. Tapi, aku nak jugak merasa dapat duit melalui blog ni. Tapi, macam mana?

Kacang je je sebenarnya nak buat duit melalui blog ni. Cuma kena ada ilmu. Hari ni aku nak kongsi sikit dengan korang pasal satu seminar ilmu ni. Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog. Seminar ni adalah seminar anjuran DenaiHati yang terkenal dengan slogan Hidup untuk Memberi. Kali ni DenaiHati nak memberi peluang pada blogger-blogger untuk mencari duit melalui affiliate menggunakan blog.
Apa yang Akan Dipelajari Dalam Seminar Ini?
- Senarai program affiliate yang kita boleh sertai
- Cara membina blog yang boleh buat jualan dari program affiliate
- Teknik pemasaran guna SEO
- Dan banyak lagi
Siapakah yang Akan Menjadi Panel Speaker Nanti?
- Dato’ Hussamuddin - Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkra.
- Encik Titan - pemilik blog Titan
- Prof Hariz - Mula menjejakkan kaki dalam dunia Affiliate pada tahun 2014dan mampu menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
- Suhaimy (Shuth) - Merupakan seorang Internet Marketer
- Eizil - Salah seorang tunggak utama dalam Team Denaihati Network.
Di mana dan Bila Seminar Ini Akan Diadakan
Tempat: Dewan Sultan Mahmud V, Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, SelangorTarikh: 13 Disember 2014
Masa: 9.00 am hingga 5.00 pm
Berapa Yuran Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog?
RM150 seorangMacammana Nak Mendaftar?
Layari Pendaftaran Seminar BUat Duit Affiliate Dengan Blog
Aku dah daftar. Harap-harapnya, bila dah dapat ilmu sikit pasal affiliate ni, boleh lah tampung sikit-sikit duit dapur, yuran, makanan, duit minyak. InsyaAllah. Kalau korang berminat nak tambah pendapatan melalui blog, apa kata join jugak seminar ni? Boleh jumpa dekat sana nanti. :D
Oh, kalau korang pergi, jangan lupa bagitahu aku. Boleh lah kita jumpa-jumpa, kenal-kenal, ngorat-ngorat. Ihik~ Kbai.
*Update terbaru selepas dapat komen daripada Zack. Terima kasih sebab tolong inform :)*
Minggu lepas tiba-tiba Bung Moktar jadi hero pulak bila dia suruh Astro ditutup sebab selalu sangat buat iklan padahal Astro ni merupakan saluran televisyen yang berbayar. Dah tentu-tentu orang ramai sokong bila dia cakap macam tu sebab ramai sangat yang dah merungut pasal Astro.
Bukan setakat pasal Astro banyak keluarkan iklan je yang kena komplen dek rakyat marhaen -- bila hujan tiba-tiba tak boleh tengok siaran tergendala, bila ada masalah pulak dieorang suruh panggil technician lepas tu kena bayar pulak dan baru-baru ni aku baca dekat status kawan-kawan dekat Facebook kata Astro nak naik kan harga? Whaaaatttt?
Dalam masa 10 tahun akan datang, seorang pak cik yang dahulunya menetap di Kuala Lumpur dan kini sudah 50 tahun tinggal di kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rumah kawannya yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra.
"Maaf adik, macam mana nak pergi ke Jalan Semarak?"
"Oh, maksud pak cik Jalan Sultan Yahya Petra?"
"Bukan. Bukan. Jalan Semarak, dik."
"Ha, ya lah. Jalan Sultan Yahya Petra lah tu."
"Ya Allah, tak paham bahasa ke budak ni. Jalan Semarak lah!"
Kemungkinan drama filem malaya pendek seperti dekat atas tadi boleh berlaku dalam jangka masa 5 ke 10 tahun lagi. Kenapa?
Minggu lepas kecoh jugak dalam kalangan blogger mempersoalkan kenapa follow instagram kalau nak unfollow lepas kita follow diaorang balik. Korang-korang pernah terasa ke kalau ada orang follow korang lepas tu unfollow pulak lepas korang follow diaorang?
Ayat macam berbelit je. Ihik~
Pada aku, benda ni tak ada hal lah. Aku tak kisah pun kalau ada orang nak follow aku. Kalau aku nampak dia macam cool je, aku follow lah balik. Kalau tak, aku tak follow pun dia semula.
Minggu lepas, kakak aku saja datang rumah aku lepak-lepak sampai malam buta. Hahahah. Lepas dia balik dalam pukul 11 malam tu, dia Whatsapp aku. Aku ingatkan dia nak cakap yang dia dah sampai rumah. Rupa-rupanya dia cakap ada surat untuk aku daripada BRIM.
![]() |
Contoh surat BRIM -- sumber dari Melvister |
Atenye terharu eden dapek surat dari BRIM. Ramai jugak yang dapat kan. Sesiapa yang pernah mendaftar dengan BRIM sebelum ni mesti akan dapat surat ni. Surat ni sesaja je BRIM bagi nak suruh kemaskini maklumat untuk pemberian BRIM 2015 nanti.
semasa
Bas Ekspress Laluan Pantai Timur Kini Berpindah Dari Hentian Putra Ke Terminal Bersepadu Selatan
November 22, 2014
Hai kawan-kawan yang duduk di KL dan nak balik ke kampung halaman masing-masing yang terletak di Pantai Timur! Korang dah tahu ke belum? Ke buat-buat tak tahu? Nanti balik kampung, bas ekspress ke arah pantai timur akan bertukar dari Hentian Bas Putra ke Terminal Bersepadu Selatan.
Apa? Tak tahu lagi? Isk isk isk. Bahaya korang ni. Ye betul. Kalau selama ni korang selalu ambil bas ekspress balik ke Kelantan, Terengganu atau Pahang dari Hentian Bas Putra, bersiap sedialah. Lepas 1 Disember 2014 ni, korang kena ambil bas dekat Terminal Bersepadu Selatan pulak. Korang boleh tengok pengumuman dalam website Terminal Bersepadu Selatan dekat sini.