4 Sebab Aku Unfollow Instagram Orang Lain

November 25, 2014

Minggu lepas kecoh jugak dalam kalangan blogger mempersoalkan kenapa follow instagram kalau nak unfollow lepas kita follow diaorang balik. Korang-korang pernah terasa ke kalau ada orang follow korang lepas tu unfollow pulak lepas korang follow diaorang?

Ayat macam berbelit je. Ihik~

Instagram

Pada aku, benda ni tak ada hal lah. Aku tak kisah pun kalau ada orang nak follow aku. Kalau aku nampak dia macam cool je, aku follow lah balik. Kalau tak, aku tak follow pun dia semula. 

4 Sebab Kenapa Aku Unfollow Instagram Orang Lain

1. Kena paksa follow Instagram waktu ada kontest atau giveaway

Waktu awal-awal berblogging dulu, aku nak kenalkan blog aku pada semua orang. Jadi, aku pun join lah kontest-kontest atau giveaway yang kadang-kadang memaksa aku follow instagram orang. Kalau orang tu seronok difollow, aku terus follow diaorang. Tapi, kalau jenis perempuan menggedik atau lelaki yang suka selfie galak macam gay, aku unfollow je la. 

2. Nak Tahu Instashop Jual Apa

Separuh daripada instashop yang aku tengok sekarang ni asyik nak private je instagram diaorang. Aku faham kadang-kadang dieorang takut orang selamba curi gambar diaorang tak pun sebab nak naikkan follower. Tapi, bila aku follow instashop diaorang dan dapati barang diaorang tak berkenan di hati, buat apa nak follow lagi kan?

3. Tak Nak Buat Dosa

Hahahha. Sejujurnya aku suka follow perempuan-perempuan cantik. Cantik kot. Bila aku nampak perempuan cantik, aku terus follow dan stalk diaorang. Tapi, bila perempuan cantik pakai seksi-seksi, aku rasa berdosa pulak tengok. Dan ada jugak perempuan dan lelaki menggedik dalam instagram. Kalau aku duduk kutuk-kutuk dieorang, berdosa jugak tu. Kakakaka. Jadi, aku dengan rela hati unfollow diaorang. 


4. Orang yang Aku Follow Menjengkilkan

Kalau nak bagi contoh apa yang menjengkilkan tu memang banyak. Bukan perempuan je, lelaki pun sama. Daripada aku menyakitkan hati tengok gambar-gambar dan caption-caption yang entah hape-hape, baik aku unfollow je. Tapi, kalau blogger tu, aku bertahan jugak nak tekan unfollow sebab mana tahu kadang-kadang diaorang ada kongsi pasal job. Mana boleh lepaskan peluang. Wahahahah.


Instagram


Bagi aku, follow unfollow ni bukan perkara besar pun sampai nak install apps untuk kenalpasti siapa yang unfollow korang lepas korang follow diaorang. Aku faham jugak ada sesetengah makhluk tu, dia follow orang lepas tu unfollow sebab nak naikkan follower diaorang je. 

Apa kata korang buat konsep "Aku Follow Siapa Yang Aku Rasa Aku Nak Follow Je?". Tak payah pening-pening nak fikir apasal dia unfollow aku lepas aku follow dia? Ish nak kena ni. Tak apa tak apa, aku install apps ni, siap kau, aku unfollow kau balik.

Hidup ni terlalu pendek untuk fikir benda-benda yang remeh macam ni. Faham? Kalau tak faham jugak, meh aku unfollow kau. Ihik~


 


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter