AK Food Adventure: Marathon Makan Sampai Lebam

Semalam hari Sabtu bersamaan dengan 29 November 2013, aku dan housemate aku ada sertai satu marathon makan sampai lebam selama 12 jam. Memang lebam aku dan housemate aku makan je sehari suntuk.

AK Food Adventure 2014

Event ni pun aku dapat tahu saat-saat akhir. Hari Sabtu eventnya, hari Jumaat aku dapat tahu. Aku pun apa lagi. Alang-alang memang tak ada apa nak dibuat hujung minggu lepas, aku pun turut serta dalam AK Food Adventure ni.

Event AK Food Adventure ni bermula pada pukul 10 pagi. Aku gerak dari rumah pukul 9 pagi lebih-lebih sikit, sesat-sesat sikit, sampai dekat Avenue K (tempat event) pukul 10 pagi lebih. Lepas tu aku terus naik ke Level 3 dekat Spanish Step untuk daftar. 

AK Food Adventure Passport

Waktu mendaftar tu, aku dapat AK Food Adventure boarding pass, passport dan jugak goodie bag. Macam nak naik flight pulak kan. Hahaha. Lepas tu, terus aku dan housemate pergi menjelajah tempat pertama untuk sarapan.

Senarai Restoran yang Terlibat Dalam AK Food Adventure

  • Tokyo Pastry
  • Warisan Kafe
  • Samba
  • Delifrance
  • Noodle Shack
  • Simply d
  • Espressolab
  • Sushi Box
  • Ah Cheng Laksa
  • Upbeat
  • Johnny Rockets
  • Krispy Kreme
  • Ayers Rock Butcher & Grill
  • Maison Dlights Chocolatier
  • WonderKafe & Bar
  • Wondermama X
  • Bakery @ Presto
  • Dan 3 lagi restoran yang tidak halal (sebab aku tak pergi jadi aku tak letak lah dalam senarai ni)

Dalam 17 restoran ni, aku hanya mampu pergi 11 restoran je. Ada 2 restoran yang aku tak sempat nak pergi sebab dia ada waktu tertentu dan bilangan blogger yang tertentu saja yang diterima. Tapi, kira okay lah sebab minimum restoran yang kena terjah hari tu 10 sahaja. 


Waktu food hunt hari semalam, aku nampak ramai blogger yang datang -- Ben Ashaari, Kak Ruby, Emas Putih, Yanty dan Faizal Fredley. Yang ni semua blogger yang aku selalu nampak update blog dekat group-group dalam Facebook la. Ada jugak aku nampak blogger-blogger yang aku tak pernah kenal sebelum ni terutamanya yang Chinese.


Tapi, macam biasalah. Aku selaku blogger lone ranger, berteman kan housemate saja lah. Nak bertegur dengan blogger-blogger yang memang dah glamer lain tu macam segan-segan lagi. Depa tak kenai kita. Malu la cek nak pi teguq depa. Dah lah dieorang tengah ramai-ramai.


Antara restoran-restoran yang aku dah terjah pada hari food hunt hari tu adalah:

Wondermama X

WonderMama X

Johnny Rockets

Tokyo Paris

Delifrance

Delifrance

Simply d

SimplyD

Sushi Box

Upbeat

UpBeat

Krispy Kreme

Ayers Rock

Maison Dlights Chocolatier

Maison Dlights

Bakery @ Presto

Bakery @ Presto


Gila tak kenyang makan semua tu? Hewhewhew~ Dalam pukul 4 petang, aku gerak pergi dekat Ground Floor Atrium sebab Avenue K ada buat pengumuman hari tu diaorang ada buat persmbahan. Aku pun saja nak pergi tengok persembahan Avenue K Santa's Party tu.  Waktu tu, ada persembahan nyanyian dan tarian daripada kumpulan Enaj. 

Bermula dari 10 November sampai 24 Disember 2014 akan diadakan macam-macam aktiviti dan persembahan dekat Ground Floor Atrium Avenue K. Kalau korang bosan-bosan, boleh lah datang sini nak enjoy.

Avenue K

Walaupun tempat letak kereta Avenue K macam agak menakutkan sebab sempit sikit, tapi aku rasa Avenue K ni berbaloi jugak lah untuk datang. Kalau nak lebih senang, boleh ambil LRT. LRT bersambung dengan KLCC punya.  Ada banyak tempat untuk membeli-belah dan restoran-restoran yang berbaloi untuk dicuba. Tambahan lagi, Avenue K ni tak lah besar mana, jadi tak da lah penat sangat nak berjalan. :)


Apa pun, terima kasih Ashley di atas jemputan ke event AK Food Adventure ni. Kalau ada event lain, insyaAllah aku nak sertai lagi.  


Korang tengok gambar-gambar makanan kat atas tadi tu, berminat tak nak tahu apa yang aku makan dan berapa harga dia? Nanti aku tulis entri yang berbeza untuk setiap restoran yang aku pergi hari tu. Sekurang-kurangnya koang boleh cuba nanti kan?

 
Okay, aku dah terliur balik tengok gambar sushi tu. T_T

0 comment... add one now