Bas Ekspress Laluan Pantai Timur Kini Berpindah Dari Hentian Putra Ke Terminal Bersepadu Selatan

Hai kawan-kawan yang duduk di KL dan nak balik ke kampung halaman masing-masing yang terletak di Pantai Timur! Korang dah tahu ke belum? Ke buat-buat tak tahu? Nanti balik kampung, bas ekspress ke arah pantai timur akan bertukar dari Hentian Bas Putra ke Terminal Bersepadu Selatan.

http://www.tbsbts.com.my/announcements/2014/11/17/relocation-east-coast-bus-express-routes-hentian-bas-putra-terminal-bersepa

Apa? Tak tahu lagi? Isk isk isk. Bahaya korang ni. Ye betul. Kalau selama ni korang selalu ambil bas ekspress balik ke Kelantan, Terengganu atau Pahang dari Hentian Bas Putra, bersiap sedialah. Lepas 1 Disember 2014 ni, korang kena ambil bas dekat Terminal Bersepadu Selatan pulak. 

Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa kena pindahhhhh dari Hentian Bas Putra ke Terminal Bersepadu Selatan?


Awak-awak semua buat rilek saje. Katanya struktur bangunan Hentian Bas Putra ni dah tak selamat nak digunakan. Tambahan lagi, Terminal Bersepadu Selatan ni lebih selesa, luas untuk menampung lebih banyak bas dan lebih mudah dihubungkan dengan jaringan pengangkutan awam.

 

Ye ke?


Emmm, ye la tu kot. Kalau tengok dekat website TBS ni, ada peta dan cara untuk ke sana. Nampak macam banyak je pengangkutan awam yang boleh guna untuk ke sana. Kalau korang pernah pergi ke TBS naik pengangkutan awam, korang tolong komen sikit senang ke tak ok?

Cara ke Terminal Bersepadu Selatan
 
Aku ni sebenarnya dah lama tak ambil bas untuk balik ke Pahang. Untung sikit bila boleh merempat tumpang kereta kakak-kakak aku bila nak balik kampung. Hueh hueh hueh. Kali terakhir aku naik bas balik kampung hujung tahun 2012. Aku ambil bas dekat Hentian Putra jugak. Aku rasa macam selesa je ambil bas dekat situ.


Jadi, sila ambil perhatian ya warga-warga pantai timur. Akhir kata dari aku --

THIS IS PANTAI TIMUR!!!


0 comment... add one now