Kemaskini Butiran BRIM 2015

Minggu lepas, kakak aku saja datang rumah aku lepak-lepak sampai malam buta. Hahahah. Lepas dia balik dalam pukul 11 malam tu, dia Whatsapp aku. Aku ingatkan dia nak cakap yang dia dah sampai rumah. Rupa-rupanya dia cakap ada surat untuk aku daripada BRIM.

BR1M
Contoh surat BRIM -- sumber dari Melvister

Atenye terharu eden dapek surat dari BRIM. Ramai jugak yang dapat kan. Sesiapa yang pernah mendaftar dengan BRIM sebelum ni mesti akan dapat surat ni. Surat ni sesaja je BRIM bagi nak suruh kemaskini maklumat untuk pemberian BRIM 2015 nanti.

Apa yang perlu dikemaskinikan?

Alah, maklumat-maklumat biasa je lah yang kena kemaskini --
  • Maklumat pasangan/tanggungan
  • Alamat surat menyurat terkini
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat waris untuk Khairat Kematian (untuk warga emas dan katergori isi rumah)
 

Di mana perlu kemaskini butiran BRIM 2015? 

Ada dua cara untuk korang kemaskini maklumat BRIM 4.0 ni --
  • Boleh layari e-BRIM dan kemaskini maklumat peribadi korang
  • Dapatkan Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan kembalikan ke mana-mana Cawangan/Pusat Khidmat Hasil/UTC LHDNM

Bila boleh mula kemaskini maklumat BRIM 2015?

Jangan gelabah okay semua. Korang boleh mula mengemaskini maklumat-maklumat yang diminta bermula 1 Disember 2014 sampai lah 31 Disember 2014 nanti. Tapi, selamat berjuanglah. Mesti website BRIM hang sebab ramai nak kemaskini. Hik hik hik~



Aku harap, tahun depan tahun terakhir BR1M ni diberikan kepada rakyat. Sebab pada aku baik guna duit rakyat ni untuk tingkatkan hasil dalam negara, untuk invest pada benda-benda yang lebih berfaedah. Tapi tak apa lah. Siapa lah aku untuk menentukan duit rakyat ni nak buat apa. Jom pergi kemas kini!! Wahahahha. Duit duit duit~~


Ermmm.. Sebenarnya, aku tak termasuk dalam kategori layak untuk dapat BR1M ni. Wahaahha. Jadi, sesiapa yang rasa dia layak, pergi lah kemaskini. Kalau tak layak, jangan miang tangan pulak nak daftar. Tak berkat kata orang walaupun duit tu mungkin duit income tax korang atau mak bapak korang. Kbai -___-"

0 comment... add one now