Lama Tak Jumpa?

Lama tak jumpa wahai blog ku sayang. Hahahha. Last aku tulis entri adalah pada 17 September yang lepas. Tu pun curi-curi masa dan kudrat nak menaip sebab ada job dari advertiser. Nak tak nak kena lah kuatkan diri menaip entri.

Lama Tak Jumpa?

Apa perkembangan terbaru aku sekarang? Walaupun tak ramai yang nak ambil tahu, tapi aku suka syok sendiri konon-konon ramai yang ambil berat pasal aku. Jadinya, aku nak cerita lah jugak. Wahahahha. Selamba. 


Yang pertamanya, sekarang ni aku tengah sibuk mencari rumah sewa dekat Shah Alam. Ada projek besar nak buat dekat sana nanti. Ceyh projek besar sangat lah. Sebenarnya lebih kepada projek untuk diri sendiri. Kalau sesiapa yang ada rumah sewa murah-murah dekat Shah Alam, bak mai bagitahu aku. Kalau aku berkenan, aku nak sewa.


Yang keduanya, aku dalam perancangan nak buat bisnes kecil-kecilan. Baru je nak  merancang ni. Kalau jadi, aku akan sebarkan seluruh dunia. Amboih! Oh, room mate aku ada buat bisnes jugak. Untung tidak lah banyak macam orang gila bisnes tapi berbaloi-baloi. Sekarang stok bisnes dia dah habis. Kalau dia dah restock, aku akan bagitahu korang kot-kot korang berminat ke dengan barang dia. 
*Sebab room mate aku buat bisnes ni lah aku bertambah semangat nak buat bisnes jugak*


Ni yang ketiga pulak. Ada baca tak entri aku pasal 4 Sebab Bro Eizil Patut Terima Aku Sebagai Salah Seorang Pelajar Pemasaran SEO dulu? Sebenarnya, aku dah terpilih untuk menjadi salah seorang pelajar Bro Eizil tapi saat-saat akhir aku terpaksa tarik diri disebabkan oleh masalah kesihatan. Aku tak dapat nak beri komitmen pada program tu. Aish rugi gile kot.


Yang keempatnya, aku rasa macam nak tonjolkan diri dalam blog ni (baca: letak gambar sendiri) sebab orang tak percaya aku untuk buat job kalau tak kenal siapa aku. Sedih aku susah nak dapat job gini. Hukhukhuk.


Entri ni sebenarnya lebih kepada nak menjawab soalan kawan-kawan blogger yang masih ambil berat tentang aku walaupun tak pernah bersua muka. Wah terharu gitu. Dan jugak menjawab soalan kakak aku tanya semalam "Kau aktif blogging lagi tak?"

Jawapan aku: 

"YA! AKU MASIH AKTIF BERBLOGGING! NANTIKAN ENTRI-ENTRI AKAN DATANG DARIPADA AKU!"


Ai, caps lock nampak. Marah ke? Hikhikhik~



0 comment... add one now