Langkah-langkah Menutup Akaun Astro

November 26, 2014

*Update terbaru selepas dapat komen daripada Zack. Terima kasih sebab tolong inform :)*

Minggu lepas tiba-tiba Bung Moktar jadi hero pulak bila dia suruh Astro ditutup sebab selalu sangat buat iklan padahal Astro ni merupakan saluran televisyen yang berbayar. Dah tentu-tentu orang ramai sokong bila dia cakap macam tu sebab ramai sangat yang dah merungut pasal Astro.

Astro

Bukan setakat pasal Astro banyak keluarkan iklan je yang kena komplen dek rakyat marhaen -- bila hujan tiba-tiba tak boleh tengok siaran tergendala, bila ada masalah pulak dieorang suruh panggil technician lepas tu kena bayar pulak dan baru-baru ni aku baca dekat status kawan-kawan dekat Facebook kata Astro nak naik kan harga? Whaaaatttt?

Terdetik nak tamatkan servis Astro

Sebenarnya dah lama nak tamatkan servis Astro ni. Waktu Ayah dan Ibu mula-mula pindah ke Rembau. Kalau nak angkut dari Bukit Jelutong ke Rembau, mesti ada cas mahal. Lagipun, bila Ibu dah pindah Rembau, dia dah masukkan Astro baru. 

Waktu tu pun, aku tengah pindah rumah jugak ke Cheras. Terlupa pasal Astro. Tak ada orang dekat rumah Bukit Jelutong dan bil Astro pun tak berbayar sampai kena gantung servis. 

Sebelum masuk ke rumah Cheras, aku pun cuba lah nak tamatkan Astro tu alang-alang dah kena gantung servis kan. Telefon lah customer service diaorang. Tiba-tiba diaorang kata ada kontrak lagi sampai bulan Oktober 2014. Kalau tamatkan waktu tu, memang habis melayang duit RM500. Padahal Astro tu dah pakai lama. Aku syak diaorang mula kontrak baru bila kena paksa pakai Astro Byond tu. Alahai.

Maka, aku pun pindahkan Astro ke Cheras, sambung semula servis Astro (kena cas RM20.00) dan downgrade ke pakej yang paling murah (kena cas RM10.00). Setel. Tapi yang aku hangin nya, lepas aktifkan balik Astro tu, kontrak bertambah pulak sampai bulan November. Adoi lah. Jadi, bulan-bulan bayar RM60 lebih (sebab housemate aku nak yang ada HD) sampai bulan November dan akhirnya pada 7 November 2014, aku telefon untuk tamatkan servis Astroooooo!


Astro

Langkah-langkah Menutup Akaun Astro


1. Telefon Customer Service Astro

Dulu diaorang pakai nombor bebas tol 1 300 82 3838. Sekarang nombor tu diaorang tak pakai dah. Kena telefon nombor customer service Astro yang baru 03 9543 3838.

2. Pilih Bahasa

Pilih lah bahasa apa yang korang suka.

3. Pilih Apa Nak Buat

Tekan 1 - Reconnection Request/Pemasangan semula
Tekan 2 - Bill & Payment/ Bil dan Pembayaran
Tekan 3 - Package, Product and Service/ Pakej, Produk dan Servis
Tekan 4 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan
Tekan 5 - GST Related Enquiries 

Dekat sini korang tekan butang 4 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan

4. Bercakap dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Astro

Waktu ni korang cakap lah apa hajat di hati dengan Pegawai Khidmat Pelanggan Astro ni. Kalau korang cakap korang nak tamatkan servis Astro, diaorang akan:
  • Tanya kenapa nak tamatkan servis Astro
  • Promosi -- buka semua channel tapi bayar dengan harga yang korang langgan sekarang untuk sebulan kalau korang tukar fikiran nak sambung balik siaran Astro
  • Cuba bagi cadangan untuk downgrade ke pakej yang paling murah
Jadi, kalau korang betul-betul nak tamatkan servis Astro ni, kena jiwa kental la. Hahahha.


Masalah yang aku hadapi masa nak tamatkan servis Astro

Aku bukan pemegang akaun

Hanya pemegang akaun yang boleh tutup akaun Astro masing-masing. Akaun Astro yang aku nak tutup tu bawah nama Ayah. Tapi ayah aku sakit, aku pun cakap pada pegawai khidmat pelanggan tu masalah aku. Pegawai khidmat pelanggan yang layan aku tu perempuan, lembut je cakap. Dia pun tak pasti boleh ke tak aku yang tutup akaun tu tapi dia buat laporan je lah. Dia kata 3 hari bekerja nanti, Astro akan call untuk bagi feedback.

6 hari kemudian baru Astro telefon aku semula bagitahu permohonan untuk tutup akaun diluluskan. Yeay!


Kena bagi sebulan notis untuk tamatkan servis Astro

Okay, ini aku baru tahu. Kalau nak tamatkan servis Astro, kena bagi sebulan notis. Amboi melampau. Macam nak berhenti kerja pulak. Tapi, tak apa lah. Sebulan lagi aku akan terlepas dari beban nak bayar bil Astro ni.


Kena pulangkan dekoder dengan smart card dekat center

Dalam tempoh sebulan lepas tamat servis, aku kena pulangkan dekoder dan smart card semula pada Astro dekat diaorang punya Customer Service Center. Kalau korang nak tahu dekat mana nak hantar dekoder dan smart kad lepas tamatkan servis Astro, boleh layari Astro Locate Branches

Astro Boy

Maka dengan ini, aku umumkan bahawa, aku akan meluangkan masa-masa terakhir aku dengan Astro sampai lah bulan depan. Selamat tinggal Astro!!! Tak nak jumpa kau lagi. Ihik~


Alhamdullilah, entri langkah-langkah menutup akaun Astro ni banyak dapat komen kata membantu pembaca-pembaca. Dan ada jugak yang bertanya masalah-masalah lain pasal penutupan akaun Astro. Aku harap entri ni dapat membantu semua yang mencari jawapan dan aku cuma harap korang doakan rezeki aku melimpah ruah kerana bagi korang cara untuk terminate Astro. Baca sini untuk dapatkan rahsia rezeki melimpah ruah dan diberkati.


You Might Also Like

85 comments

  1. Sekarang ni ,saya call.option tu dah tukar.Sila tekan button 4.bukan button 3 dah.Button 4 dah jadi - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan

    3. Pilih Apa Nak Buat
    Tekan 1 - Reconnection/Pemasangan semula
    Tekan 2 - Bill and Payment/ Bil dan Pembayaran
    Tekan 3 - Technical Assistance and Installation/ Bantuan Teknikal dan Pemasangan
    Tekan 4 - Package, Product and Service/ Pakej, Produk dan Servis

    Dekat sini korang tekan butang 3 - Bantuan Teknikal dan Pemasangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab inform semula @zack. Saya dah update entri. :D

      Delete
  2. Saya guna email je... Malas nak cakap... Tetapi sy tak pulangkan pun decoder dan kad tu... Nak balik meh amik sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut kite email dieorang tak layan je

      Delete
    2. boleh ke kalau tak pulangkan dekoder?

      Delete
    3. Fahany, tak pasti pulak boleh ke tak. Untuk selamat, pulang je la. Buat semak rumah jugak hahahha

      Delete
    4. Buat apa pulangkan decoder..sedangkan kita dah hbis kontrak kan..

      Delete
    5. Dalam kontrak memang ada term cakap kite kene pulang kan dekoder kalau terminate. Saya tak nak ambil tahu dah pasal astro dah. so that's why saya prefer pulang kan je semua. just pastikan semua resit kite simpan sampai mati. mane tahu kan tibe2 dieorang claim ke ape ke

      Delete
    6. kalau tamat guna email..camna lak..tlg explain siket..

      Delete
    7. Azrin,

      Kalau email boleh baca dekat sini. Ada tips sikit daripada dieorang yang pernah terminate dengan email https://www.facebook.com/Astro/posts/10151754197044627

      Maaf saya tak dapat nak explain sebab saya tak ada experience terminate guna email. Saya cuma dapat bantu dengan bagi link di atas. Hope dapat membantu :)

      Delete
  3. Tumpang tanya.. kalau nama atas nama akak saya.. akak la yang kena potong astro kan dan kena pulang dekoder atau kita boleh pulang kn? Sbb akak saya kat kl.. astro pasang di johor..mohon penjelasan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya kakak awak lah yang kena potong. Dekoder tu, orang lain yang pulangkan pun tak apa. Tapi pastikan simpan segala resit pemulang tu. Takut-takut nanti tiba-tiba Astro datang cari pasal, susah kite huhu

      Delete
    2. boleh tak kite blakon jd tuan punya nama astro tu.tp make sure kalau dia tanya details,sume dalam kepala.bukan dia tau pon.muahaha

      Delete
    3. Heheheh Anon, boleh kot. Tapi sekali kantoi haaaa. ape mau buat :D nak terminate just call je. Kalau penama tak sakit danmasih boleh buat call, tak ada masalah kalau nak call untuk terminate kan?

      Delete
    4. Hai encik fadzi, nak tanya kalau astro dah potong service sbb saya x bayar sebulan lebih, dan saya decide nak terminate astro, tunggakan bil selama sebulan lebih tu saya masih kena bayar ke?

      Delete
    5. Hai Anna Lee,

      Untuk terminate Astro tu kene clear bil semua. Baru bleh proceed untuk terminate. Better settle kan bil dulu baru terminate. Dan make sure simpan no report terminate atau any receipt received untuk elak problem di masa depan

      Delete
    6. Hai klu sy ad lg kontrak nga astro tp sy nk terminate .. blh k mcm tu??

      Delete
    7. Ad lg kontrak nga astro tp nk terminate astro sape thu...

      Delete
    8. Hi Amer,

      kalau masih ada kontrak, tak boleh terminate begitu saja. Kena bayar penalti kalau tak silap saya RM500.

      Saya cadangkan kalau Amer tak nak kena penalti RM500 tu, downgrade pakej ke pakej yang paling murah. Please take note untuk downgrade ni pun ada penalti jugak. Saya dulu kena cas RM10 untuk downgrade. Harga sekarang saya tak pasti. Sila rujuk Astro dulu untuk cas penalti downgrade

      Delete
  4. Terima kasih di atas perkongsian..

    ReplyDelete
  5. Hritu sy ty kt pegawai dy ckap ad 4 bnda ke pulangkan balik. Decoder/kad/ remote yg sayu lg tu lupa bependa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ummu, saya terminate Astro tahun 2013. Sekarang rasanya Astro mungkin dan update dieorang punye T&C sebab saya ada terbaca bloger lain terminatekan Astro dieorang tapi tak perlu pulangkan semua tu. Boleh baca dekat sini entry paling latest dari http://umipd.blogspot.my/2015/03/how-to-terminate-astro-services.html

      Mungkin satu lagi tu pegawai tu cakap piring satelit Astro tu? Waktu saya dulu tak perlu pulangkan pun satelit tu.

      Or nak lebih confirm boleh baca T&C dekat http://www.astro.com.my/subscriber-terms-and-conditions.html. Tapi pening sikit kalau nak baca Bab Termination sebab satu perenggan je. Mesti malas nak baca. Hahahaha. Saya pun >.<

      Delete
  6. Saya baru terminate astro..dekoder dgn piring tak perlu pulang dah...mungkin dan tukar syarat dia tu...saya call..operator astro tu ckp mcm tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sebab kenapa dia tak suruh pulang dekoder dengan piring tu. Saya ada baca dari blogger lain dieorang kata dah tak perlu pulang sebab nanti kalau nak pakai astro semula, pihak astro dah tak perlu bagi barang-barang tu lagi pada dieorang.

      Anyway, terima kasih sebab inform :) hope membantu orang-orang yang tengah mencari info pasal ni jugak, emerson :)

      Delete
  7. Nak tanya kalau potong astro ni ada pembayaran tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi kontrak dah habis, tak ada pembayaran pun. tapi make sure bil last dah setel :)

      Delete
  8. Nak tanya kalau potong astro ni ada pembayaran tak? Takut kene bayar je kalau nak potong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada kena bayar apa-apa kalau kontrak dah habis. Kalau masih dalam kontrak, tak silap saya kena bayar penalti RM500.

      And kena make sure, semua bil dah habis bayar dan tak ada tunggakan

      Delete
  9. yes.. tak sabar nak tutup akaun... tq tuan tanah.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhehehe sabar tau. No problem. You are welcome. Happy saya dapat bantu

      Delete
  10. macam mna mau hantar email untuk tutupkan akaun astro... sebab astro sdah lama tdak pakai sdah hampir setahun last pmbyran pun setahun yang lalu.. tpi bill trus bjlan... klau boleh mnta bantuan Encik tolong off kan semua servis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai eirna,

      Saya tak ada pengalaman terminate astro guna email tapi eirna boleh cuba baca dekat link ni cara untuk terminate astro guna email ya

      https://www.facebook.com/Astro/posts/10151754197044627

      Maaf saya tak dapat nak explain sebab saya tak ada experience terminate guna email. Saya cuma dapat bantu dengan bagi link di atas. Hope dapat membantu :)

      Delete
  11. Assalamualaikum, sy cuba buat termination melalui call customer servis. Dorang kata laporan penutupan dah ada. 11/4 baru confirm. Dan lg satu semasa call customer service, dia kata penalti sy pd harga sekian2 dan sy bayar melalui maybank2u.

    Persoalannya nya sekarang boleh ke resit pmbayaran tu dah dijadikan bukti pembayaran termination? Takut pulak kalau ada perkara berbangkit.

    Dan pemulangan decoder, wajib atau tidak..sy takut kalau tak pulang ada hidden charge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. resit pmbayaran tu dah dijadikan bukti pembayaran termination
      Yang ini saya tak pasti. tapi simpan je resit tu sampai bila-bila incase dieorang cuba cari pasal :D

      2. Dan pemulangan decoder, wajib atau tidak.
      Ada blogger lain yang cakap dieorang tak pulang kan pun. And tiba-tiba dapat call suruh pulangkan. Ada blogger lain yang tak pulang kan pun tapi tak ada masalah. Bagi saya, better pulangkan dan pastikan resit pemulangan tu simpan sampai mati. So, kalau later astro call untuk apa2, boleh je tunjuk balik resit tu.

      Delete
  12. As salam..saya baru je kena gantung servis astro, ada tunggakan sbb mmng niat nk stop langgan astro..kalau saya biar je mcm to adakah astro tetap akan cas bulan2 dlm bil kita sedangkan dia dh gantung servis dia..? Tq tuan tanah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, sebelum ni saya pernah kene gantung jugak sebba dah lama tak bayar dalam 2 bulan. dalam dia gantung tu, dia kan cas jugak tp bukan full lah. saya tak ingat maybe separuh or ada berapa percentage yang dia cas. yang pasti, memang dia cas jugak.

      Solution dia, awka kena activate kan semula > ada cas untuk activate kan tu dalam RM10 atau RM20 (alau tak berubah lagi lah cas dia, saya buat dalam 2 tahun lepas). lepas activate kan baru boleh terminate.

      Delete
  13. TQ GUYS.. GOOD INFO...
    BARU JE CALL ASTRO, CONTRACT SAYA HABIS 18/7/2016. IF SAYA STOP SEKARANG SY AKAN KENE PENALTY RM 500.MMG TAK LAAA.. SO KAT BAWAH NI SY BUAT SOLUTION

    1. BAYAR BIL SEMASA
    2. DOWNGRADEKAN PAKEJ ASTRO KE MINIMUM, RM 42.35 SAHAJA
    3. LEPAS KONTRAK IAITU PADA 19/7 KENE CALL ASTRO UNTUK CANCEL, N MMG KENE JGK TGGU SEBULAN WHICH IS 19/8/2016, BARU LA SAYA BOLH SAY BYE BYE SEPENUHNYA PADA ASTRO..
    4. SO, START BULAN 6,7 SAYA HANYA BAYAR MIN SAHAJA RM 42.35... OKLAA... DARI KENE BAYA RM 146 SEBULAN... KAN KAN...

    TQ GUYS

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem.

      Bagus solution awak tu. Memang jimat duit daripada bayar denda rm500 tu. bertabahlah menghadap beberapa bulan lagi ni :)

      Delete
  14. Bengong astro ni... crtanya mcm nu,aku nk terminate akaun astro... 28/4 aku cl CS ckp nk terminate... agen ckp suh aku clear byran serta notis sbln utk terminate,total rm512.00... so,aku byr sprti mna CS ckp... slps tu, 30/5 aku cl CS astro n CS ckp aku ada tunggakan RM 162.00 ... eh x ke sial nmanya still ada tunggakan sedangkn msa 28/4 aku cl CS 3x aku tya CS ada lain2 charge,n dia 3x jwp dh xda... alih2,30/5 aku cl CS ckp aku kna byr lg rm162.00... lps aku ckp aku dh settle msa 24/4, dia ckp dia nk wt adjustment bill plak ambk msa 48 jam... aku sabo je lg... 2/6 aku cl dh buat adjustment atw x, CS ckp ada tunggakn rm33.05 plak... pd phk mn yg aku ptt buat aduan... ni kes naya dh ni... mmg btl2 sial la astro ni... mntk pndpt otai2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade simpan lagi tak semua resit2 atau slip pembayaran online banking masa buat pembayaran tu? Buat copy semua tu then cuba buat aduan pada kpdnkk.

      Tapi kene gigih jugak lah kalau terminate tu guna call je. Ade tak masa call tu die bagi no rujukan ke ape. Sebab bila call ni, dieorang boleh cakap macam-macam sebab tak ada black and white pada pihak kite.

      Apa saya boleh cakap, cuba dulu buat aduan dekat kpdnkk tu. Make sure semua resit, slip bayaran and kalau ade bil yang astro hantar tetiap bulan tu pun lagi bagus.

      Delete
    2. Samala ngan saya nak batalkan Astro saya dah call 2 hari lepas 6/6/16 ckp nk terminate Astro dia bgi notis dri tarikh kita call mula start 30 hari baru tamat perkhidmatan Astro ni Dan mintak jelaskan bayaran dlm 2 hari ni rm50.80 dan tak ada lagi bayaran yang dikenakan lagi operator tu cakap..kalau tak bayar dlm 2 hari ada cas extra 1 hari rm1.40.saya dh bayar hari yg sama then call esoknya operator ckp tu bayaran sampai bulan 6 je ..nanti kena bayar lagi sampai 8/7/16 ikut charge extra tu pulak..tu belum sampai surat Astro lagi.makin risau plk ni Astro ni memamg jahanam la!nak buat aduan kt mana ye??

      Delete
    3. Samala ngan saya nak batalkan Astro saya dah call 2 hari lepas 6/6/16 ckp nk terminate Astro dia bgi notis dri tarikh kita call mula start 30 hari baru tamat perkhidmatan Astro ni Dan mintak jelaskan bayaran dlm 2 hari ni rm50.80 dan tak ada lagi bayaran yang dikenakan lagi operator tu cakap..kalau tak bayar dlm 2 hari ada cas extra 1 hari rm1.40.saya dh bayar hari yg sama then call esoknya operator ckp tu bayaran sampai bulan 6 je ..nanti kena bayar lagi sampai 8/7/16 ikut charge extra tu pulak..tu belum sampai surat Astro lagi.makin risau plk ni Astro ni memamg jahanam la!nak buat aduan kt mana ye??

      Delete
    4. Ummi, astro memang buat macam tu. Bila kita call kata nak terminate bulan ni, die akan extend sebulan lagi. Yang pasal kena bayar cas extra RM1,40 sehari tu saya tak pernah dengar lagi. mungkin ummi boleh report pada kementerian komunikasi dan multimedia malaysia - http://www.kkmm.gov.my/index.php?lang=ms

      Delete
  15. Bengong astro ni... crtanya mcm nu,aku nk terminate akaun astro... 28/4 aku cl CS ckp nk terminate... agen ckp suh aku clear byran serta notis sbln utk terminate,total rm512.00... so,aku byr sprti mna CS ckp... slps tu, 30/5 aku cl CS astro n CS ckp aku ada tunggakan RM 162.00 ... eh x ke sial nmanya still ada tunggakan sedangkn msa 28/4 aku cl CS 3x aku tya CS ada lain2 charge,n dia 3x jwp dh xda... alih2,30/5 aku cl CS ckp aku kna byr lg rm162.00... lps aku ckp aku dh settle msa 24/4, dia ckp dia nk wt adjustment bill plak ambk msa 48 jam... aku sabo je lg... 2/6 aku cl dh buat adjustment atw x, CS ckp ada tunggakn rm33.05 plak... pd phk mn yg aku ptt buat aduan... ni kes naya dh ni... mmg btl2 sial la astro ni... mntk pndpt otai2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak nampaknye yang terkena macam ni. Cuba buat aduan dekat

      SKMM - http://www.skmm.gov.my/Contact/Headquarter.aspx?lang=ms-MY

      dan KPDNKK - http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?lang=my

      Delete
  16. Saya ada kontrak ngan astro selama 20 bulan lagi .. jadi macam mana nak tutup akaun astro tu .. Mohon jelas kan kepada saya😪😪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Faiz, kalau ada kontrak dengan astro lagi, kalau nak terminate astro akan charge termination fee RM500. Kalau dah tak ada kontrak baru boleh terminate secara free.

      Untuk terminate, faiz boleh call nombor 03 9543 3838 dan ikut instruction dekat atas. Kalau nak email pun boleh.

      Delete
  17. Boleh ke nak tukar nama owner akaun astro..contoh..skrg nama ayah..
    nak tukar nama saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk tukar nama tu saya tak pasti pulak. cuba syukri call customer service dia untuk tanya. saya tak pernah tukar nama sebelum ni

      Delete
    2. Experience saya nak tukar penama mmg byk karenah birokrasi...sudah hampir setahun setengah mohon di pejabat astro tapi sampai kesudah x de bende..pasni nak terminate jer

      Delete
    3. Hai Anon, semoga berjaya terminate!

      Delete
    4. Mcm mne nk tukar nama bro?dr nama kwn kepada kte.....pstu lps dh tukar ade kontrak

      Delete
    5. Maaf Anon,

      Hari tu saya tak tukar pun penama sebab banyak sangat songehnye. Katenye tak boleh tukar. Tapi cuba anon call customer service astro unutk confirm kan semula. Saya just terminate bagi pihak ayah mentua.

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu call pun kene call beberapa kali baru dapat jawapan. Sitti boleh cuba call atau email terus kalau nak senang

      Delete
  19. Salam ingin pencerahan! Saya baru call astro nk tamatkan servis hari ni. Kontrak lama adlh selama 2 thn yg akan tamat pd bulan 7 ini. ttpi bila called, Astro ckp saya ada rekod tertangguh bayaran selama 3 bulan. Yg peliknya kontrak saya kononnya akan tamat pada 4/3/2017?????. Betulker mcm ni?..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Farizal,

      Based on experience saya. dulu saya pun ada bil tertunggak dan Astro dah gantung line Astro saya. Bila saya nak terminate, dieorang kata kene activate dulu. Bila saya activate kan semula, kontrak saya dengan Astro dilanjutkan beberapa bulan lagi walaupun sepatut nya dah habis.

      So, yes. Bila line Astro kita digantung sebab bil tertunggak, dieorang akan drag tarikh tamat kontrak kita ke depan.

      Nasihat saya, Farizal boleh downgrade pakej ke pakej yang paling murah lepas tu, bila dah masuk bulan 3 2017, boleh call Astro untuk terminate.

      Cuma saya pelik jugak kenapa kontrak farizal dilanjutkan sampai bulan 3 tahun depan. Cuba call balik tanya kenapa.

      Delete
  20. Anonymous24 July, 2016

    27 jul 16 perkhidmatan Astro saya akan tamat.Macam mana saya nak pastikan tidak akan ada perkara berbangkit untuk tempoh 2@3 tahun akan datang. Sebab batalkan melalui telefon sahaja.Maksud saya...tiada hitam dan putih semasa pembatalan Astro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Anon,

      Masa call tu ada mintak no report tak? Kalau tak ada, cuba call semula tanya update pasal kes terminate tu, then mintak nombor report daripada dieorang untuk rujukan masa depan.

      Delete
  21. Gd mrng..fadzi,Astro bill saya bulan2 ada bayar.ta..pi bulsn ni dah byr hbs,bln dpn bill keluar,i tgk kat bill tertunggak rm...i pun dah bnyk kali call astro cstmr service dah inform.sampai skrg pun sama jg..saya tak nak astro lagi...macam mana nak menutup..bill terakhir i blm byr lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Anon, kalau nak terminate kene call dieorang. Bukak report untuk terminate. Tapi sebelum terminate tu kene clearkan semua bil. Pasal bil tertunggak tu, mungkin dieorang lambat update kot. Cuba tanya balik and make sure push dieorang buat kerja

      Delete
  22. Salam, saya dh berjaya tamatkan servis astro bln ni...sy buat thru email....at first, call customer servis...tp tk dpt nk terminate sb saya bukan owner...dia suh email ke wecare, n advise suh wat cepat sebelum next billing issuance..untuk astro ni bil nya every 12th,utk termination perlu email at least 3 days b4..so saya email pada 8hb n the next day dpt reply dr astro...reply soklan2 yg di tya...alhamdullilah dpt reply astro will last on 12th n it did...skrg ni tktau nk wat pa ngan dekoder n piring astro tu...ada cadangan tk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon, alhamdullilah setel dah semua. Lega rasa kan bile dah setel.

      Untuk dekoder and piring tu, mungkin boleh jual pada orang atau simpan je incase tiba2 nanti awak nak pakai astro balik. So dah ada piring dan dekoder tu senang lah sikit

      Delete
  23. Salam. Saya pun nak terminate akaun astro. kalau terus ke pusat servis untuk terminate boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ikhsan, boleh je kalau nak ke pusat servis untuk terminate. boleh bayar terus. tp lebih senang kalau call je.

      Delete
  24. Salam. Saya pun nak terminate akaun astro. kalau terus ke pusat servis untuk terminate boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je...aku pun nak terminate astroke jugak ni,

      Delete
    2. Waalaikumusalam Ikhsan, boleh je kalau nak pergi ke centre terus.

      Nerwneelder, huhuhu bersanar ye :D

      Delete
  25. Assalam. Encik Fadzi, mcmna nk tau tempoh langganan kita. I mean, tmpoh 2 tahun tu bermula. Hmm. Sy lupa bila sy mula melanggan. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firdee,

      Cara paling senang call customer service Astro dan tanya terus. InsyaAllah diaorang akan beritahu

      Delete
    2. yup. call diorg tanya bila boleh terminate.

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. Salam. Sy nak tanya betul ke nak tukar pakej pun mesti kene pilih pakej yg atas rm100 juga?? Kontrak sy dah tamat tapi kenapa mesti atas rm100 juga?? Kata nya sebab masa sain tu ada term dalam tu yg kata mesti atas rm100.. haishhhh pening

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat yang saya pernah buat sebelum ni, tak pulak ada rules kata kene ambil pakej atas RM100. Cuba awak call semula Astro dan tanya. Dulu memang saya tukar pakej paling murah RM45 lebih macam tu

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  31. Baru lepas call dengan customer services astro. Untuk termination diorang tak minta kita pulangkan decoder ke HQ diorang. Nanti technicion yang akan datang collect decoder kt rumah kita. N selepas confirmation terminate baru diorang akan collect decoder. So jgn rsau klu diorg collect lambat ke apa ke. Itu je :) Btw tq tuan rumah untuk bantual awl. Jasa mu akan ku kenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih jugak Harris untuk update terbaru pasal pemulangan dekoder tu :)

      Delete
  32. Akak tv ada tp tiada siaran

    ReplyDelete
  33. Salam,

    saya dah terminate tadi. takde bil tunggakan. tp sepatutnya sy call smlm 26hb sbb ari ni 27hb april keluar lg satu bil.. so last siaran smpi 26 May. n if still ade channel astro tu, sy pulak kene maklumkan dkt astro utk tutupkan supaya tak kena cas.
    masalahnye, sy mati2 td mintak no report, tp die ckp takde. n die cakap jgn risau sbb perbualan drakamkan. so skrg sy kene tgu je la smpi 26hb. pas 26hb tu sy bole email kat wecare tu mtk settlement letter / email.

    doakan bjaya terminate ye. sbb dah bosan sgt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dayang,
      Pelik pulak bile die cakap tak ada nombor report tu. Sepatutnya semua yang buat report atau terminate memang ada nombor report.

      Harap semua okay nanti. Jangan lupe update semula ap ayang jadi nanti okay?

      Delete
  34. dalam delema lagini..berbulan2 dah call nak terminate..bil semua dah clier x de pun...still on je astro nya..geram tahap nak pecahkan recorder tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa jadi macam tu ye. Lepas terminate hari tu, follow up Astro cakap apa ye?

      Delete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter