Senarai Nama Jalan Baru Di Kuala Lumpur

November 26, 2014

Dalam masa 10 tahun akan datang, seorang pak cik yang dahulunya menetap di Kuala Lumpur dan kini sudah 50 tahun tinggal di kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mencari rumah kawannya yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra.

"Maaf adik, macam mana nak pergi ke Jalan Semarak?"

"Oh, maksud pak cik Jalan Sultan Yahya Petra?"

"Bukan. Bukan. Jalan Semarak, dik."

"Ha, ya lah. Jalan Sultan Yahya Petra lah tu."

"Ya Allah, tak paham bahasa ke budak ni. Jalan Semarak lah!"

Senarai Nama Jalan Baru Di Kuala Lumpur

Kemungkinan drama filem malaya pendek seperti dekat atas tadi boleh berlaku dalam jangka masa 5 ke 10 tahun lagi. Kenapa?

Korang tahu tak mulai hari ini, ada lapan jalan di Kuala Lumpur yang akan ditukarkan kepada nama baru. Wait, whattt? Nak tukar jalan ke nama baru?


Senarai Nama Jalan Baru Di Kuala Lumpur

Jalan Duta -- Jalan Tunku Abdul Halim
Jalan Khidmat Usaha -- Jalan Sultan Haji Ahmad Shah
Jalan Ipoh -- Jalan Sultan Azlan Shah
Persiaran Duta -- Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin
Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah -- Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin
Lebuhraya Mahameru -- Lebuhraya Sultan Iskandar
Persiaran Mahameru -- Persiaran Tuanku Jaafar
Jalan Semarak -- Jalan Sultan Yahya Petra

Kereta korang selalu rosak? Alarm selalu berbunyi tanpa ada apa-apa sebab munasabah. Korang kena baca sebab-sebab dia kenapa. Cuba baca dekat sini cara-cara untuk jaga kereta korang dengan betul.
 
Senarai Nama Jalan Baru Di Kuala Lumpur

Motif Penukaran Nama Jalan Di Kuala Lumpur

Penukaran nama 8 jalan di Kuala Lumpur ini adalah sempena memperingati sejarah raja-raja yang pernah ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia. 


Hmmm, tukar lah selagi mana boleh tukar. Senang sikit budak-budak nak ingat subjek Sejarah ataupun orang yang nak pergi temuduga ingat nama-nama Yang Di-pertuan Agong. Kot kot lah masuk soalan "Siapakah nama-nama Sultan yang pernah menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia?" kan.


Pstttt~ Daripada tukar nama jalan dan buat papan tanda baru, baik DBKL baiki jalan yang berlopak-lopak berlubang-lubang. Betul tak? Ihik~



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter