11 Cuti Hujung Minggu Yang Panjang Menanti Anda Tahun 2015

Nak tahu sesuatu yang menarik tak sempena tahun baru 2015 ni? Lagi 5 hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2015. Tahun 2015 dikatakan tahun yang paling mencabar dalam segi pendapatan dan sara diri. Itu macam berita buruk. Tapi, berita baiknya -- ada 11 cuti hujung minggu yang panjang dalam tahun 2015 nanti!

Cuti 2015

Sebelum ni aku ada kongsikan dengan korang tarikh-tarikh cuti umum dan tarikh-tarikh cuti sekolah untuk tahun 2015 dekat entri Tarikh Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2015. Kali ni, aku nak ajar korang merancang cuti supaya boleh dapat 11 kali cuti hujung minggu yang panjang untuk tahun depan.

Pada tahun 2015 ni, akan ada 43 hari cuti awam termasuk Sabtu dan Ahad (cuti kebangsaan sahaja). Kalau korang ambil cuti lagi 4 hari saja, korang boleh dapat 11 kali cuti hujung minggu yang awesome.

Bila aku tulis cuti kebangsaan, ini tak termasuk cuti yang setiap NEGERI ambil secara individual tahu?


Panduan Cuti 2015

Macam percaya. Tapi macam tak percaya jugak kan dengan ambil cuti 4 hari saja, kita boleh dapat 11 cuti hujung minggu yang panjang. Betul ke ni? Macam mana tu?


Kalendar cuti 2015

Ahah, tengok dekat kalendar kat atas ni. Aku dah highlightkan bahagian merah untuk korang boleh dapatkan cuti hujung minggu yang panjang untuk tahun depan. Bila tarikh yang korang kena ambil cuti tu dah dibulatkan dengan warna biru. Kalau tak nampak sangat, korang klik je gambar kat atas ni.


4 hari cuti yang perlu diambil:

  • 2 Januari 2015 (Jumaat)
  • 28 Ogos 2015 (Jumaat)
  • 25 September 2015 (Jumaat)
  • 16 Oktober 2015 (Jumaat)

Seronok tak? Seronok tak? Seronok tak? Apa lagi, pergi booking cuti tu awal-awal. Nanti kena berebut dengan officemate korang pulak. Oh oh, untuk keluarga yang ada anak-anak yang masih bersekolah, ni pulak tips bercuti untuk korang.


Kalendar cuti 2015

Waktu yang terbaik untuk korang ambil cuti dan bawak anak-anak berjalan ada 5 kali. Apa yang diambil kira dekat sini ialah cuti sekolah Malaysia dan cuti awam Malaysia. Jadi, bila yang sesuai untuk bawak anak-anak korang pergi bercuti tanpa risau pasal cuti sekolah?
  • Cuti Tahun Baru di bulan Januari
  • Cuti Tahun Baru Cina di bulan Februari
  • Cuti Hari Pekerja di bulan Mei
  • Cuti Hari Merdeka di bulan Ogos
  • Cuti Sekolah di bulan Disember

Arghhh, tak sabarnya aku nak merancang percutian hujung minggu yang panjang untuk tahun 2015 nanti! Walaupun sebenarnya aku tak kan pergi mana-mana pun. Ehehe. Tapi, mana tahu aku boleh rancang untuk join event-event blogger tahun depan kan?

Jadi, selamat merancang percutian korang semua. :D


0 comment... add one now