12 Perkara Orang Gembira Buat

Dalam hidup ni kadang-kadang kita akan jadi super happy sangat tapi ada waktu-waktu tertentu kita tiba-tiba rasa macam sedih lah tak ada semangat lah stress lah. Tapi, kalau tiap-tiap hari kita asyik rasa sedih, stress, frust menonggeng tu, susah lah.

Gembira

Aku nak selalu jadi happy dalam dunia ni. Siapa yang tak nak gembira kan? Kalau tak gembira, tak boleh lah nak makan burgembira. *Err, sampai tak lawak aku ni? Sampai tak? Krik krik krik* Okay, abaikan. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk jadi gembira selalu?

Kalau nak jadi gembira, senang saja. Cuba kita tiru apa yang orang selalu senang hati ni buat. Kalau korang ada kawan yang kepala sewel gila-gila tak pernah nampak dia sedih tu, cuba ikut apa yang dia buat. Kalau korang tak ada kawan yang macam tu *which is sad*, korang boleh ikut tips-tips dekat bawah ni.

12 Perkara Orang Gembira Buat

Disebabkan gambar dekat bawah tulis dalam bahasa Inggeris, aku terjemahkanlah dalam bahasa Melayu untuk korang. Lagipun, blog ni memang blog Bahasa Melayu pun. Hiks.

12 Perkara Orang Gembira Buat

1. Tunjukkan penghargaan

Hargai apa yang korang ada. Bersyukur dengan apa atau siapa yang korang ada. Jangan lupa panjatkan doa kesyukuran pada Allah dan ucapkan terima kasih.

2. Sentiasa Berfikiran Optimistik

Optimistik ni macam kau berfikiran terbuka, mengharapkan sesuatu yang baik. Kalau korang yakin sesuatu yang bagus akan jadi, korang akan nampak macam-macam peluang depan mata korang.

3. Jangan Fikir Lebih-lebih Dan Jangan Buat Perbandingan Dengan Orang Lain

Ini perkara yang selalu kita buat kan? "Kenapa dia sihat, aku sakit?" "Kenapa dia kaya, aku miskin?" "Kenapa dia cantik, aku buruk?". Sepatutnya, kita kena bandingkan kita yang dulu dengan kita yang sekarang. Makin baik ke, makin kacak ke, makin kaya ke, baru betul.

4. Selalu Buat Baik Dengan Orang/Hidupan

Kalau selama ni kita asyik buat sesuatu untuk diri sendiri, apa kata kita buat sesuatu untuk orang atau hidupan lain. Tahu tak apa yang kita buat untuk orang lain tu mungkin boleh buat diaorang rasa gembira gila? Boleh buat dieorang berubah? Macam video dekat bawah ni.

 

5. Bersosial 

Bersosial dekat sini maksud yang baik okay. Jangan pulak korang jadi bohjan bohsia sosial gila-gila. Pergi bersosial secara baik. Banyak cara korang boleh bersosial. Kalau korang bukan jenis bersosial secara face to face, Facebook | Twitter | Blogging | Instagram kan ada? Bersosial secara maya pun tak ada hal lah. 

6. Bersedia Berhadapan Dengan  Penolakan Dalam Hidup

Apa-apa yang korang buat, tak semestinya diterima. Pergi interview kerja -- tak semestinya korang diterima bekerja. Masuk tandas nak berak -- tak semestinya tahi keluar. Hahahha. Faham tak? Oleh itu, korang kena bersedia untuk direject. 

7. Belajar Memaafkan

Nak memaafkan orang yang dah buat salah dengan kita memang susah nak -nak lagi kalau orang yang rapat dengan kita. Tapi percayalah, kalau kita mampu buat, hati kita tak kan serabut nak fikir sakit hati semua tu. 

8. Tingkatkan Fokus Dalam Pekerjaan

Kalau selama ni korang buat kerja, ada saja benda yang mengganggu sampai kerja korang tak siap-siap kan? Lepas ni, cuba tingkatkan fokus korang dalam setiap perkerjaan korang. InsyaAllah senang kerja siap dan hati pun senang -- sebab assignment siap on time. :p
 
Fokus

9. Bergembiralah!

Kalau korang tak gembira dengan hidup korang ni, memang sampai bila-bila lah korang tak akan gembira. Cuba korang rasa gembira walaupun sesuatu perkara tu kecik sangat nilai dia. Contohnya, korang sembelit. Lepas berjaya berak, GEMBIRA tak? Kalau tak gembira, memang wayar otak korang ada yang terputus.

10. Capai Target

Tiap-tiap tahun baru, kita mesti ada azam baru kan? Tapi, tiap-tiap kali pun tak semestinya azam kita tu tercapai malah kita tak buat pun! Apa kata untuk tahun baru 2015 ni, korang buat azam baru dan cuba buat azam baru tu bersungguh-sungguh sampai berjaya. Baru hati senang gembira!

11. Amalan Kerohanian

Bagi kita yang beragama Islam ni, jaga solat, jaga aurat, jaga maruah, bayar zakat, baca al-Quran. InsyaAllah Allah akan bagi kita kesenangan hati yang tiada bandingan. Selagi kita ada dekat dengan Allah, selagi tu Allah akan kurniakan segala nikmat pada kita.

12. Jaga Kesihatan Diri

Kalau tak sihat, macam mana nak jadi senang hati kan? Asyik demam, terlentang atas katil. Asyik selsema, hingus mengalir, bersin depan orang. Choiii! Memang tak boleh nak rasa senang hati lah macam tu kan?

Sihat

So, korang nak jadi gembira tak?


0 comment... add one now