3 Langkah Untuk Dilakukan Apabila Bekalan Air Tiba-Tiba Terputus Tanpa Sebab

Ingat lagi tak waktu KL dan Selangor tak ada air dulu? Siapa yang terlibat dalam catuan air hari tu? Seksa gila rasanya kan? Sebenarnya kawasan rumah aku dekat Cheras dulu tak terlibat pun dalam kes catuan air tu tapi tiba-tiba satu hari ni tak ada air dekat rumah aku. Dah lah waktu tu aku tak mandi lagi. Stress!

Air

Bila dah tak ada air tu, aku jadi tak keruan nak buat apa. Dah lah aku tak simpan air pun sebab aku tahu memang kawasan rumah aku tak terlibat. Tapi, bila dah jadi macam ni, aku pun sakit hati. Jadi, apa nak buat kalau tiba-tiba tak ada bekalan air dekat rumah?

Waktu rumah aku tak ada air dulu, housemate aku telefon Customer Service SYABAS dan minta diaorang tengok kan. Nak tunggu technician SYABAS datang dalam 2 jam jugak lah. Bila technician datang, dia pun macam marah-marah sebab sebenarnya paip air utama dekat luar rumah ditutup. Walaupun kiteorang pelik jugak apasal tiba-tiba boleh tertutup sebab aku dengan housemate aku tak pernah-pernah usik paip tu, tapi rasa bersalah dan kesian jugak dekat technician tu sebab datang jauh-jauh.

Hahahha. Jadi, aku nak bagi tips sikit pada korang apa yang nak dibuat kalau-kalau tiba-tiba bekalan air dekat rumah korang terputus. 

3 Langkah Untuk Dilakukan Apabila Bekalan Air Tiba-Tiba Terputus Tanpa Sebab

1. Periksa Pengumuman Gangguan Bekalan Air Di Laman Web Syarikat Pembekal Air Negeri Anda

Biasanya syarikat pembekal air negara masing-masing akan buat pengumuman kalau ada sebarang gangguan bekalan air dekat mana-mana kawasan dalam negeri korang. Jadi, korang boleh semak sama ada kawasan korang terlibat atau tidak.

SYABAS

Kat atas ni contoh notis gangguan bekalan air daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Dekat bawah ni aku ada sertakan laman web, Facebook dan Twitter syarikat pembekal air setiap negeri untuk memudahkan korang cari maklumat diaorang.

Negeri Laman web Facebook Twitter
Selangor SYABAS PUSPEL SYABAS PUSPEL
Negeri Sembilan SAINS - -
Melaka SAMB SAMB SAMB
Johor SAJ SAJ -
Pahang PAIP PAIP -
Terengganu SATU SATU -
Kelantan AIR Kelantan - AIR Kelantan
Perlis BBA - -
Kedah SADA SADA -
Pulau Pinang PBAPP PBAPP PBAPP
Perak LAP LAP LAPtwitts
Sarawak LAKU - -
Sabah SSWD SSWD

Kalau kawasan korang tak terlibat, boleh cuba langkah seterusnya pulak. Kalau kawasan korang telibat, mohon pergi berak dekat rumah kawan-kawan korang yang tak terlibat. Wahahaha.

2. Periksa Paip Air Utama Di Luar Rumah

Cuba pergi ke luar rumah dan periksa sama ada paip air utama rumah korang ditutup atau tak. Dulu kan ada kes orang nak merompak rumah, tutup atau pecahkan pili air utama. Bila kita keluar, diaorang pun masuk merompak rumah.

Kalau korang nak pergi periksa pili tu, pastikan perkara di bawah ini untuk langkah keselamatan:
  • Bukan waktu malam.
  • Periksa beramai-ramai
  • Dalam rumah ada ramai orang

Kalau paip air utama korang tak ditutup, ikut pulak langkah seterusnya dekat bawah ni. Kalau paip air utama korang ditutup, bukak saja lah balik. Lepas tu pergi berak. 

3. Telefon Khidmat Pelanggan Syarikat Pembekal Air Negeri Anda

Laman web setiap negeri aku dah sertakan dekat atas. Korang boleh dapatkan nombor telefon pegawai khidmat pelanggan syarikat pembekal air negeri korang dalam laman web diaorang. Ataupun, korang boleh dapatkan nombor telefon diaorang dekat bil yang korang dapat tu. 

Customer Service SYABAS

Contoh nombor khidmat pelanggan yang boleh didapati dekat belakang bil SYABAS. Bila korang telefon khdmat pelanggan syarikat bekalan air negeri masing-masing tu, beritahu lah apa masalah korang. Minta diaorang tolong periksa kalau-kalau ada gangguan bekalan air ke ada paip pecah. 

Biasanya kalau tak ada gangguan bekalan air atau paip besar pecah, diaorang akan hantar technician untuk periksa paip rumah atau meter air rumah korang. Jangka masa technician akan datang dalam 1 hingga 2 jam.
 
Hah, lepas ni kalau tiba-tiba tak ada air dekat rumah korang, dah tahu lah kan apa nak buat kan?

Post a Comment

1 Comments

  1. Hello I am so happy I found your blog page, I really found you by accident,
    while I was looking on Askjeeve for something else, Anyhow I am here now and
    would just like to say kudos for a tremendous post and a all round interesting blog (I also
    love the theme/design), I don't have time to look over it all at the minute but
    I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read more, Please do keep up the awesome job.

    ReplyDelete