Apa Yang Aku Dapat Daripada Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

Pada 13 Disember 2014 yang lepas, Denaihati ada menganjurkan Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog bertempat di Karangkraf Seksyen 15 Shah Alam. Disebabkan aku duduk dekat Shah Alam jugak, pukul 8.15 pagi baru aku gerak pergi ke sana.

Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

Sampai-sampai je dekat Karangkraf, aku terus pergi daftar dekat kaunter pendaftaran. Masa dekat meja pendaftaran tu, aku kena sapa dek Melastik Bintang sebab 2 3 hari sebelum tu aku ada tanya MB dia datang ke tak seminar ni nanti. Hahha, sempat lah aku bertemu muka dengan blogger MB sekejap.

Masa pendaftaran tu aku dapat goodies bag yang banyak betul barang dalam tu. Aku dapat buku nota, kalendar, baju blogger, air kotak Yeos dan yang paling aku terharu dapat adalah tafsir Al-Quran. Lepas daftar, aku pergi sarapan pagi yang telah disediakan. Ada pelbagai jenis kuih-muih dan minuman yang disediakan. Alhamdullilah kenyang aku. 

Seminar sepatutnya bermula pada pukul 9 pagi.  Jadi, dekat-dekat nak pukul 9 tu, aku dah bergerak masuk ke dalam dewan. Ketibaan tetamu-tetamu VIP pulak masuk dalam pukul 9.30 pagi macam tu. Emcee pada hari tersebut adalah Hilal Azmi -- blogger/wartawan Astro Awani.

MC Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog
Pengacara pada hari tersebut. Hilal Azmi yang merupakan blogger dan jugak wartawan Astro Awani. 

Mula-mula sekali, penganjur iaitu tuan blog Denaihati memulakan majlis dengan kata-kata aluan. Diikuti dengan kata aluan daripada CEO penaja utama seminar ini -- Tuan Haji Anuar (CEO Jopana Resources) dan kemudian ucapan daripada CEO Karangkraf -- Dato' Hussamuddin. Setiap ucapan memang memberi semangat pagi-pagi hujung yang sepatutnya sedap tidur ni.

Selepas ucapan daripada Dato' Hussamuddin, ada majlis pelanjaran Jam Tawaf dan majlis penyerahan cenderahati kepada VVIP dan jugak pada penaja. Kemudian kitaorang semua rehat untuk beberapa ketika dan dimulakan dengan slot speaker pertama.

Prof Hariz
Panel pertama - Prof Hariz
- Tuan tanah blog Prof Hariz.
- Penerangan tentang program Affiliate.
- Cerita berkenaan pengalaman memulakan dan mendapat pendapatan yang lumayan melalui program affiliate.

Zeo Unic
Panel kedua - Zeo Unic
- Tuan blog Multees
- Pilihan program affiliate yang baik
- Cara dapatkan hasil yang terbaik dari program affiliate
- Cara memaksimakan pendapatan affiliate
- Penerangan tentang statistik ebook yang terjual

Encik Titan
Panel ketiga - Encik Titan
- Tuan blog Encik Titan
- Penerangan tentang Teknik SEO Merah Jambu
- Strategi menghasilkan blog untuk affiliate

Shuth Wang Cyber 
Panel keempat - Shuth Wang Cyber
- Tuan laman web WangCyber
- Pencerahan tentang statistik eBook yang terjual melalui Klikjer.com
- Penerangan tentang peranan affiliate
- Teknik affiliate yang berkesan 
- Panduan menulis eBook 
- Hadiah percuma yang berharga RM1500 berupa eBook yang dijual melalui Klikjer.com untuk semua peserta

Eizil 
Panel kelima - Eizil
- Tuan blog Eizil
- Arah tujuan berblogging
- Perkongsian tentang ilmu blogging

Selepas saja slot terakhir, sesi ambil gambar bersama-sama peserta pun diadakan. Kehkehkeh. Kalau rajin, carik lah aku dalam gambar ni.

Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

Daripada seminar ni, mata aku terbukak lebih luas dengan peluang-peluang buat duit yang boleh kita dapat daripada berblogging ni. Bukan saja dari iklan-iklan, advertorial dan job luar, tapi program affiliate ni pun menjadi salah satu cari untuk tambah pendapatan kita. 

InsyaAllah, sekarang aku tengah dalam proses merancang untuk terlibat secara aktif dalam program affiliate. InsyaAllah tahun depan aku akan bermula. Sementara tu, aku nak khatam Kitab Teknik SEO Merah Jambu supaya blog aku lebih maju di masa hadapan.


Kredit gambar dari HazmanFadzil dan MohdZarin.


0 comment... add one now