Berangan Makan-Makan Di Tokyo - Tokyo Pastry

Masa kecil-kecil dulu, drama-drama Jepun tengah hot dekat TV. Aku pun suka tengok jugak drama-drama Jepun macam Great Teacher Onizuka, Beautiful Life dan Long Vacation. Punyalah aku suka semua yang berkaitan dengan Jepun, bila aku masuk sekolah asrama penuh, subjek bahasa asing aku ambil Bahasa Jepun.

Tokyo Pastry

Bila ada event AK Food Adventure dan salah satu vendor yang terlibat adalah Tokyo Pastry, aku pun jadi excited lebih. Tokyo = Jepun. Hahahaha. Poyo gila.

Nak tahu apa yang aku makan dan minum dekat Tokyo Pastry?

Hot chocolate Tokyo Pastry

Hot Chocolate RM8.00. Rasa coklat yang standard. Ok lah tapi cantik kan bentuk hati dia buat dekat hot chocolate ni. Foam hot chocolate ni memang banyak. Sesuai kalau korang nak buat misai bagi yang tak ada misai tu. <- sampai tak punchline aku?


Oreo Mille Crepe Tokyo Pastry
 
Ini pulak Oreo Mille Crepe RM9.90. Kek ni memang sedap. Setiap lapisan crepe dia disaluti dengan krim cheese yang berlemak dan serpihan oreo yang ranggup.

Kalau korang tengok dekorasi dekat Tokyo Pastry Avenue K ni, memang style sangat. Dia ada dua bahagian tempat makan. Satu dalam lot dan satu lagi dekat tepi eskeletor. Aku cadangkan kalau korang nak menikmati dekorasi yang cantik, pergi lah makan dekat dalam lot dia. Deko memang vavavom!

Tokyo Pastry

Kalau korang berminat nak makan-makan dekat sini, korang boleh tengok maklumat pasal Tokyo Pastry ni dekat bawah:


0 comment... add one now