Bosan Dengan Donut Biasa? Jom Cuba Krispy Kreme

December 14, 2014

Donut. Cuba bagitahu aku siapa yang tak suka makan donut. Meh sini aku lempang dia *Tetibe* Hahaha. Tapi, kalau donut tradisional yang goreng-goreng letak gula tu macam dah biasa sangat kan?

Donut

Kalau dah bosan dengan donut tradisional, apa kata korang cuba pulak Donut daripada Krispy Kreme ni. Hari tu masa event AK Food Adventure, aku ada singgah dekat Krispy Kreme outlet Avenue K. Banyak gila pilihan donut yang ada.

Bukan setakat ada donut saja. Krispy Kreme pun ada menyediakan pelbagai jenis minumam panas dan sejuk yang memang berbaloi untuk dinikmati.

Krispy Kreme

Pelbagai pilihan donut daripada Krispy Kreme. Dari kiri -- Original Glazed, New York Cheesecake, Minis Donut.

Krispy Kreme

Yang ni pulak sempena Christmas akan datang ni -- Holiday Tree.
 
Krispy Kreme

Gambar atas ni pulak:
Dari kiri atas -- Holiday Sprinkles, Holiday Tree, Glazed Chocolate Cake.
Dari kiri bawah -- Classic, Oreo, Powdered Strawberry Filled. 

Krispy Kreme

Gambar atas ni -- Original Glazed
Krispy Kreme

Yang aku pilih kali ni, Original Glazed. Boleh tengok gambar sebelum gambar packaging Krispy Kreme ni. Macam biasa lah, aku kalau dah tapau ni, aku ambil gambar sebelum bukak pembalut, lepas tu lupa nak ambil gambar lepas bukak pembalut. Gelojoh sangat nak makan. Hangin aje.

Aku saja pilih Original Glazed sebab aku nak bandingkan donut Krispy Kreme dengan donut tradisional. Aku suka makan donut. Bagi aku kedua-dua donut tradisional dengan donut Krispy Kreme ni ada rasa yang berbeza dan aku suka kedua-duanya. Tak boleh nak buat piihan mana yang paling bagus.

Apa pun, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal donut-donut, minuman dan makanan lain yang disediakan di Krispy Kreme, korang boleh usha Facebook Krispy Kreme atau pun website Krispy Kreme!
 



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter