Cara Untuk Dapatkan Perut Yang Kenyang Tanpa Keluar Rumah Atau Masak

December 28, 2014

Hujung minggu ni aku rasa malas gila nak masak jadi aku ada tempah makanan dari laman web Food Panda. Aku tempah semalam untuk hari ni sebab hari ni aku agak sibuk ke sana sini. 
 
Food Panda
Semalam aku order dan mintak diaorang hantar makanan pukul 7.30 malam hari ni. Aku bajet-bajet lepas Maghrib lah sempat aku solat dulu. Aku ingatkan aku boleh tahan, rupa-rupanya perut berkeroncong lapar gila. Aku pun mengharap gila-gila orang Food Panda tak kan lambat. Padahal pukul 7.00 malam aku masih rilek lagi lepas depan laptop sampailah housemate aku suruh aku bersiap nak tunggu orang FoodPanda tu datang.

Aku pun macam, whattt? Baru pukul 7 kot. Ada setengah jam lagi orang Food Panda nak sampai. Tapi aku kena paksa jugak bersiap. Cis. Alang-alang dah bersiap, aku pun ambil lah gambar sikit. Hahahha. Nah belanja korang gambar paling terbaru aku.

Fadzi Razak
Waktu aku dah bersiap tu, jam menunjukkan pukul 7.20 malam. Sebenarnya, aku cepatkan jam tu 10 minit. Maksudnya waktu tu baru 7.10 malam. Aku saja nak test je betul ke Food Panda ni hantar makanan on time. Tiba-tiba aku dapat mesej dekat Whatsapp kata orang Food Panda dah sampai. Pergh, nasib baik aku dah siap-siap. 

Ni dia si abang Food Panda ku. Awal gilaaaaa dia hantarkan makanan. Rilek je bawak motor. Abang ni aku nak ambil gambar dia malu-malu pulak. Hahahaha. Oh, sebenarnya abang ni bisu, tak boleh bercakap. Bila aku cuba nak borak-borak dengan dia, dia tunjuk sign yang dia tak boleh bercakap. 

Aku pilih untuk bayar Cash On Delivery. Dannnnnn. Yang seronoknya, abang ni bagi duit balance cukup-cukup. Bagus gila. Biasa kan pengalaman aku, kalau kena Cash On Delivery ni, kalau ada sen sen, orang yang hantar tu selalu tak cukup duit. Jswab nya burn lah beberapa sen aku tu. Tapi delivery FoodPanda bayar balik balance cukup! Wah!

Food Panda
Diaorang siap ada jacket FoodPanda lagi. Puas aku suruh abang ni pusing badan sebab nak ambil gambar logo FoodPanda dekat belakang jacket dia ni. Hehehhe. Lepas ambil makanan, aku terus masuk rumah. Tak sabar nak makan, lapor sangat. Bila aku pegang plastik bekas makanan tu, pergh -- panas lagi tu. Macam baru siap masak.

Food Panda
Nampak tak jam tu? 7.25 malam. Maksudnya 7.15 sebab aku cepatkan jam ni 10 minit. Awal gila FoodPanda hantar makanan walhal masa tempah semalam aku set hantar pukul 7.30 malam. Macam tahu-tahu je aku memang tengah kebulur. Heee.

 TGI Fridays
Tu dia makanan sedap. Tennessean Steak dan Beef Tacos. Makanan yang aku dapat memang diaorang dah pack kan kemas-kemas dalam aluminium foil. Jadi, bila sampai dekat rumah, makanan semua masih panas-panas lagi. Makanan yang ditapau dalam bekas plastik pun kemas je tak ada tumpah-tumpah.

TGI Fridays
Lepas dapat makanan tu, aku tak makan terus. Aku pergi solat dulu. Lepas solat, baru aku hidang dalam pinggan macam kat atas. Dan, makanan aku masih lagi panas. Aku tak payah nak reheat kan pun makanan aku. Seronok aku mengketedarah.

Aku rasa, sesiapa yang ada perangai malas masak macam aku ni, boleh lah cuba tempah makanan dekat FoodPanda ni. InsyaAllah servis memang tak mengecewakan. Walaupun tak semua tempat diaorang boleh hantar, aku harap di masa akan datang ni, diaorang boleh luaskan kawasan penghantaran diaorang. Serius memang sangat menyenangkan bagi orang-orang yang tak sempat masak atau dengan kata lain malas nak masak. Hahahha.

Oh oh, kalau korang nak cuba tempah dekat Food Panda, korang boleh tengok maklumat dekat bawah ni. Aku ada buat cara-cara tempah guna Food Panda ni dekat entri semalam - Cara-cara Menempah Makanan Menggunakan Servis FoodPanda.

Laman web: FoodPanda Malaysia

Ataupun kalau korang tengah pakai smartphone sekarang ni, muat turun saja aplikasi FoodPanda ni dekat Android atau iOS korang. Lagi senang kan?



Ohoi, aku dah kenyang. Terima kasih pada The Butterfly Project sebab bagi voucher FoodPanda ni. Nanti bolehlah bagi lagi. Hikhik. Lepas ni, kalau korang lapar, tak payah nak meroyan dekat Facebook lagi. Order je dekat FoodPanda Malaysia. :D


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter