Jangan Sebarkan Info Banjir Palsu!

December 24, 2014

Sekarang ni kan musim banjir. Biasalah hujung-hujung tahun. Hujan lebat. Musim hujan. Tapi, tahun ni macam banjir teruk sangat-sangat pulak sampai banyak tempat dilanda banjir teruk.

Banjir
 
Apa yang aku tak berkenan sangat pasal tragedi banjir ni bila dapat berita ada orang-orang tertentu menyebarkan berita palsu pasal banjir ni. Tak kisah lah melaui blog ke, FB ke, Twitter ke Whatsapp ke. Tak bertanggungjawab betul lah diaorang ni. Tahu tak ramai orang risau pada keluarga yang duduk dekat negeri-negeri yang terlibat tu?

Pelik betul lah diaorang ni suka-suka nak kongsikan perkara yang tak tahu betul ke tak. Pakai sebar je kan. Haish. Lepas ni, sebelum kongsi apa-apa maklumat, pastikan maklumat tu betul. Semak dulu. Tengok lah berita dekat TV ke, call orang yang duduk di negeri yang terlibat ke ataupun boleh dapatkan info yang rasmi dekat laman web Portal Bencana.

Jangan Sebarkan Info Banjir Palsu!



Alhamdullilah kawasan rumah mak bapak aku selamat. Setakat ni tak kena banjir walaupun dekat dengan Sungai Pahang. Ibu dan ayah pun alhamdullilah selamat dekat Rembau tu. Moga-moga mereka tak terlibat dengan banjir kali ni.

Bagi kita yang masih selamat dari banjir ni, kalau ada rezeki lebih sikit, hulur-hulur lah sedikit bantuan pada orang yang memerlukan. Tak mampu bagi duit pun tak apa. Kita mintak doa je dah cukup.

Kat bawah ni ada doa untuk  dielakkan dari banjir. Semoga kita sama-sama doakan bencana banjir ni reda dan semua yang terlibat dengan tragedi ni selamat semuanya.

Surah Hud: 44
 
Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu.
Surah Hud: 44


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter