Jom Makan Makanan Orang Amerika Di Johnny Rockets

December 10, 2014

Biasanya kalau tengok movie Amerika, mesti akan ada scene orang makan fast food. Orang Amerika memang terkenal dengan fast food diaorang tu. Macam-macam jenis fast food yang ada dekat Malaysia ni asalnya dari Amerika. Dan salah satu daripadanya adalah Johnny Rockets.

Johnny Rockets

Johnny Rockets yang aku pergi kali ni adalah cawangan Malaysia di Avenue K. Sebelum ni aku tak tahu pun kewujudan Johnny Rockets ni. Tapi, sebab aku ikut serta dalam AK Food Adventure hari tu, baru aku tahu ada lagi fast food dari Amerika dekat Malaysia ni.

Johnny Rockets di Avenue K ni senang saja nak cari. Dekat Ground Floor Atrium, korang pergi saja ke luar. Johnny Rockets ni ada dekat bahagian luar sebelah dengan WonderMama X.

Masa aku datang ke Johnny Rockets tu, diaorang pun tunjukkan meja yang available untuk 2 orang sebab aku datang dengan housemate aku. Kiteorang pun terus order Original Beef Burger dengan Milkshake.

Beef burger Johnny Rockets

Aha, tu dia. Sebiji beef burger gedabak besar. Harga RM19.90. Nasib baik makan dua orang. Aku rasa kalau makan seorang ni, memang aku tak habis. Nak nak pulak sebelum tu kitaorang dah melantak dekat restoran lain untuk sarapan.

Dalam set Original Beef Burger ni ada Beef Burger yang tebal, fries dan coleslaw. Air pulak air Milk shake memang kaw kaw pekat gila. Apa yang aku nak tekankan dekat sini adalah pasal beef burger dia. Daging dia memang lembut gila sampai kalau korang gigit pun korang tak perasan sebenarnya korang dah gigit daging tu. Ini bukan hiperbola tapi apa yang aku rasa sendiri.

Beef burger Johnny Rockets

Dan sos dia sendiri dah memang cukup. Tak payah nak letak sos cili lain dah. Aku tak pasti sos apa yang ada dalam burger ni tapi memang dah cukup. Kalau korang tambah sos mesti rasa dia jadi pelik. Sebabnya aku dah cuba. Aku cicah sikit burger ni dengan sos cili dan hasil dia pelik. Jadi, tak perlu nak tambah apa-apa. Beef burger ni emang dah sedap dengan sos dia sendiri.

Daging dia pulak memang tebal. Korang boleh tengok dalam gambar dekat atas ni. Aku potong burger ni dan walah! Tengok tebal ke tak daging dia. Daging dia pulak memang lembut dan bak kata orang putih, juicy.

Persembahan Johnny Rockets

Korang pernah tengok tak mana-mana restoran yang staff dia tinggalkan kerja dapur diaorang dan tiba-tiba saja menari? Ha, ini pertama kali aku ada pengalaman tengok staff restoran buat kerja macam ni. Boleh pulak diaorang -- staff yang buat air, staff yang masak makanan dan waiter berhenti kerja dan menari. Ini pertama kali. Kalau staff berhenti sekejap sebab nak nyanyi lagu Happy Birthday tu, dah biasa. Tengok staff menari, ini betul-betul pertama kali.    

Style ke tak style. Sambil-sambil makan, terhibur lah jugak aku dengan tarian dieorang ni. Apa pun, kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal Johnny Rockets ni, korang boleh layari Facebook Johnny Rockets atau website Johnny Rockets.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter