JomTerjah Blog Nuffnangers!

Hari ni aku tak ada idea sangat nak update entri baru. Kadang-kadang menulis ni, idea tak muncul-muncul. Jadinya, aku nak berblogwalking ke blog-blog Nuffnangers yang datang terjah aku dalam minggu ni.

Nuffnang

Siapa lah yang rajin sangat datang menjengah blog aku minggu ni? Dalam ramai-ramai Nuffnangers ni, aku rasa nak review lah satu blog. Agak-agak siapa yang kena. Hahahha. Aku rasa mesti ramai blogger yang takut-takut aku nak review blog diaorang sebab aku kalau nampak sesuatu yang aku tak berkenan tu aku cakap terus. Tak ada simpan-simpan. Huhuhuh.

Okay lah, kita tengok dulu siapa Nuffnangers yang datang tinggal jejak dekat blog aku. Lepas tu aku nak buat LAT TA LI LAT LAILI TAMPLOM siapa yang terkena. Minggu ni yang rajin datang blog aku adalah:


Okay, dah cukup semua senarai dalam gambar. Korang tunggu kejap ye. Aku nak LAT TA LI LAT LAILI TAMPLOM kejap ni.

.
.
.
.
.
.
.
.

Okay, dah LAT TA LI LAT LAILI TAMPLOM MAK MINAH BALIK KAMPUNG BERANAK DALAM TONG NAMANYA ZAITON kejap tadi. Kali ni terkena dekat Nick Nashram. Wahahahaha.

Nick Nashram

Mula-mula sekali aku tengok loading page dia. Laju. Aku klik link laju je loading dia. Bagus. Tak tertunggu-tunggu pun aku. Tengok page depan, kemas walaupun sidebar belah kiri. Aku ada baca, blog yang bagus sidebar belah kiri. Sebab orang dah terbiasa dengan sidebar belah kiri.

Okay, sekarang aku nak cakap pasal entri pulak. Bila aku klik satu entri dekat page depan -- contohnya Earning Nuffnang Tak Sebanyak CPUV. Tulisan boleh baca walaupun kecil sikit. Tak ada lah sakit mata. Lepas tu bila korang hover mouse dekat gambar, gambar tu jadi besar. Untuk kali pertama aku rasa macam terganggu sebab gambar tu cover tulisan. Tapi, bila dah buat banyak-banyak kali, senang citer, alihkan saja mouse dari gambar, kecil balik lah gambar tu. Tak ganggu dah lah.

Top menu pulak. Aku suka blog yang ada "ABOUT ME". Senang aku nak kenal dia siapa, muka macam mana, kerja apa, blog ni berkisarkan apa. Aku memang suka tapi aku pulak suka sorok-sorok identiti. Hahahaha. Menu-menu lain pun tersusun rapi je untuk kategorikan setiap entri. Senang nak fokus. Yang paling best blog ni ada Sitemaps. Senang kalau korang nak cari apa-apa.

Ni nak selit pasal peribadi sikit -- lepas baca-baca blog Nick Nashram ni, baru aku tahu dia ni dah nak kahwin dah dengan blogger jugak -- dengan Muja. Alahai, kecil betul dunia ni kan. :) Alhamdullilah, semoga Allah permudahkan semuanya untuk korang berdua.

Tu je lah kot nak review. Malas sikit hari nak update blog. Hehehe. Okay chow. Siapa nak hentam aku boleh la tolong review blog aku. :D



0 comment... add one now