Keputusan Terkini Malaysia VS Thailand (1st Leg 17/12/2014)

Baru saja kejap tadi tamat perlawanan antara Malaysia dengan Thailand yang berlangsung di Bangkok. Perlawanan antara Malaysia vs Thailand ini untuk menentukan juara dan naib juara bagi Piala AFF Suzuki 2014. Tapi perlawanan kali ini baru first leg. 20 Disember 2014 nanti akan diadakan di Bukit Jalil untuk Leg 2 pulak. 

AFF Suzuki Cup 2014

Korang tengok tak AFF Suzuki Cup 2014 Malaysia vs Thailand tadi? Aku lambat bukak TV. Tengok-tengok Thailand dah dapat 2 mata dan Malaysia pulak 0. Waktu tu pulak dah dalam masa tambahan 4 minit.

Keputusan Terkini Malaysia VS Thailand (1st Leg  17/12/2014)


Keputusan perlawanan antara Malaysia dengan Thailand untuk first leg ni memihak kepada Thailand dengan 2 mata dan Malaysia pulak tak mampu nak pecahkan telur kosong.

2                          0

                                                      Charyl Chappuis ('73)
                                                      Thawikan ('88)


Aku memang tak dapat nak komen apa-apa pasal perlawanan sebab terlepas nak tengok. Hari Sabtu ni pun aku tengok dekat rumah saja lah kot kalau sempat. Tak pergi Bukit Jalil. Korang-korang yang pergi Bukit Jalil nanti, have fun! Dan doakan kejayaan pasukan Harimau Malaya untuk menang.


 

0 comment... add one now