Lepak Seperti Orang Perancis Di Delifrance

December 07, 2014

Mula-mula sekali aku nak cakap, gelak lah suka hati kalau korang nak gelak bila baca tajuk tu. Aku tak pernah pergi Perancis. Sekali sekala bagi lah aku feeling lebih sikit macam pergi luar negara, ye dak?

Delifrance


Kalau korang pun nak merasa konon-konon makan macam orang Perancis makan, aku rekemen kan korang pergi Delifrance. Hari tu aku ada singgah lepak dekat Delifrance Avenue K waktu event AK Food Adventure. Dapatlah merasa ala-ala orang Perancis sikit. Hahahha.

Korang mesti pelik kenapa aku cakap makan dekat Delifrance ni rasa macam ala-ala makan dekat Perancis kan? Sebenarnya Delifrance ni salah satu rangkaian kafe Perancis di Malaysia. Sebab tu lah aku cakap konon-konon fefeeling makan dekat Perancis.

Kopi Delifrance
Ni ha. Black Coffee. Aku sebenarnya tak biasa minum style mewah-mewah ni. Kalau aku, campur terus susu manis dengan kopi. Tak de nak letak cantik-cantik susu dalam bekas lain. Tapi, ini memang pengalaman yang berharga untuk aku. Coffee sedap!

Pastry Delifrance
Ini pulak apa yang aku makan hari tu. Ada roti croissant berinti kan ayam. Kulit croissant ni memang ranggup tapi kat dalam dia lembut sangat. Serius sedap. Ada blueberry tart, kek red velvet dan kek coklat.

Blueberry tart Delifrance
Ni blueberry tart tu. Jem blueberry dia memang terasa sangat blueberry dia. Tak macam jem lain-lain yang biasanya rasa macam manis gula. Bekas tart tu pun memang ranggup. Gigit sikit pun dah memang sedap.

Kek Krismas Delifrance
 Kiri: Santa Play Land Gift Cake RM48.90 
Kanan: Rocky Land Gift Cake RM35.00
Dua kek ni dibuat istimewa sempena Krimas ni. Ada kek red velvet. Pada aku kek ni okay saja tapi yang bagi dia extra kick adalah citrus sour cream yang putih dekat atas tu. Bila makan, mula-mula kau rasa biasa lepas tu kau akan rasa masam masam manis sampai rasa kecur air liur. Memang power lah rasa dia. Kek coklat tu pulak, coklat dia memang terasa. Berbaloi untuk dicuba.

Banyak lagi kek-kek, minuman dan pastry yang ditawarkan oleh Delifrance. Kalau korang nak cuba makan cara orang Perancis makan, cubalah datang Delifrance. Ni aku belanja sikit makanan-makanan yang Delifrance offer dekat Avenue K.

Pastry Delifrance

Pastry Delifrance

Pastry Delifrance

Pastry Delifrance

Selamat ber'keriuk-keriuk' wahai perut semua orang. :D

Kalau korang nak lebih maklumat pasal Delifrance, serbu ja  Facebook Delifrance.



 


You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter