Makan Ala Kesihatan Di Simplyd

December 08, 2014

Kalau korang pergi restoran atau kedai makan, apa yang korang pentingkan? Makanan yang sihat ke, makanan yang sedap ke, kedai yang bersih atau staff yang mesra? Hari tu masa aku pergi AK Food Adventure, aku masuk satu kedai yang ada hampir keempat-empat ciri yang aku sebutkan dekat atas tadi. 

Simplyd

Restoran yang aku maksudkan tu adalah Simplyd. Korang pernah dengar tak nama restoran ni? Sebenarnya ni pertama kali aku dengar pasal restoran ni. Restoran Simplyd ni asalnya di bawah The Delicious Group tapi makanan diaorang lebih kepada makanan yang ringkas supaya orang yang sibuk boleh makan cepat-cepat. Ha gitu.

Aku jejak saja kaki dalam restoran Simplyd ni, aku dah disapa oleh seorang lelaki di kaunter utama. Peramah sangat orangnya sampai aku pun lupa nak tanya nama dia siapa. Dialah yang gigih memperkenalkan menu dan cadangkan apa yang nak makan hari tu. Aku ingatkan dia pekerja biasa saja tapi rupanya lepas tengok Instagram Simplyd, baru aku tahu yang lelaki tersebut adalah chef Simplyd. 

Simplyd
Kalau korang tengok muka dia pun korang dah rasa mesra dengan Tasha ni. Belum lagi dia cadangkan apa yang nak makan. Kalau semua staff restoran dekat dunia ni macam Tasha, memang tiap-tiap hari aku pergi makan luar saja. Heheheh.

Simplyd Menu

Gambar dekat atas ni adalah pilihan menu yang disediakan untuk para blogger di Simplyd pada hari kejadian. Aku pilih Caesar Salad + Mushroom Skewer (walaupun Tasha sebenarnya cadangkan aku ambil Chicken Skewer) + Iced Tea + Kek Green Tea Rasberry + Ice cream of the day. Lepas order makanan dan minuman dekat kaunter, aku diberi nombor dan aku pun pergi lah cari meja untuk duduk.

Simplyd

Konsep restoran Simplyd ni, ORDER & BAYAR di kaunter lepas tu staff akan HANTAR makanan dekat meja korang.

Simplyd

Nombor aku nombor 6. Dan aku pilih meja paling depan sekali, senang nak tengok kawasan restoran Simplyd ni. Bagi aku, restoran ni ruang dia kecil saja, tak besar mana pun tapi boleh lah untuk orang keluar masuk sebab makanan dekat sini tak berat sangat. Jadi, sekejap saja boleh siap makan dan keluar dari sini.

Simplyd
  
Ruangan restoran Simplyd yang simple dan penuh dekorasi. Tengok kecil saja kan. Tapi tak apa. Yang penting selesa. Servis dekat sini okay lah, tak laju sangat tak lambat sangat. Aku dapat air Iced Tea (RM6.00 Regular/ RM8.00 Large) dulu. Iced Tea dia macam teh ais kedai-kedai standard lah. Yang aku nak fokuskan sekarang adalah dekat makanan dia.

Kek Green Tea Rasberry Simplyd

Mula-mula sekali aku dihidangkan dengan Kek Green Tea Rasberry (RM8.00). Kek ni aku tak makan dekat restoran, aku tapau saja balik rumah. Bagi yang tak suka rasa teh hijau, jangan risau. Kalau korang makan kek ni dengan krim rasberry tu, aku yakin korang akan suka. Tapi, kalau korang makan kek teh hijau ni saja tanpa topping rasberry mungkin rasa dia pelik sikit.

Shitake Mushroom & Skewer Caesar Turkey Bacon SimplyD

Lepas kek sampai, datang pulak Shitake Mushroom Skewer (RM5.00 set dengan air tadi) dengan Caesar Turkey Bacon (RM12.00).  

Aku konon-konon order Mushroom Skewer sebab aku tak pernah makan cendawan Shitake yang ala-ala panggang macam ni. Sedikit menyesal sebab mungkin tak kena dengan tekak aku kot. Hah, degil lagi pilih Shitake Mushroom padahal Tasha dah cadangkan ambil Chicken Skewer hari tu. Hehehe, tak apa lah, pengalaman baru ni. Shitake Mushroom ni bahagian luar, tekstur dia rasa macam kulit ayam panggang. Bila korang gigit isi, belah dalam dia lembut dan berjus.
Lepas tu, aku merasa pulak makan Caesar Turkey Bacon Salad. Jangan risau. Halal ni. >,<  Kalau biasa salad rasa hambar tawar saja kan. Tapi, Caesar Turkey Bacon Salad ni dicampur dengan mayonis, tea egg dan turkey bacon. Ada rasa masam-masam mayonis sikit, ada rasa masin bacon dan daun salad tu jadi seimbang. Memang bagus untuk korang-korang yang nak diet. Hehehehe.

Ais Krim SimplyD

Yang terakhir sekali aku dapat ialah Ice Cream of The Day (RM3.00). Tiap-tiap hari perisa ais krim ni akan bertukar. Hari tu aku dapat ais krim Coklat Putih dengan Lemonade. Ini serius sedap. Rasa dia pelik tapi sedap. Mula-mula korang makan, korang akan rasa pelik saja perisa ni, lepas tu tiba-tiba rasa macam ada kick masam-masam gitu. Aku tak sempat nak ambil gambar ais krim tu sebab laju saja telan jadi aku pinjam gambar dari Facebook Simplyd ja.

Bagi aku, makanan Simplyd ni sesuai untuk korang-korang yang nak cepat, nak diet, tak lapar lagi tapi nak makan dan seangkatan dengannya. Restoran cantik, dekorasi cantik, ruang selesa, makanan sedap dan staff yang peramah -- aku pasti akan datang lagi. 

Apa pun, kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal Simplyd, korang boleh ikuti perkembangan dieorang dekat:





You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter