Makan Makanan Kesihatan Dengan UpBeat

December 13, 2014

Bagi yang sangat-sangat menjaga badan atau pemakanan, aku nak cadangkan satu tempat makan yang menyediakan hidangan yang ringkas, menyelerakan dan yang penting menyihatkan. Memang sesuai sangat untuk orang-orang yang tengah berdiet atau yang tengah membina badan.

Health UpBeat

Nah, aku perkenalkan pada korangUpbeat Health Bar. Kalau dekat Avenue K (aku cerita pasal yang dekat Avenue K sebab aku pernah pergi sini saja) ni, senang saja. Korang pergi tingkat atas sekali, cari Fitness First dekat hujung sekali. Sebelah Fitness First tu ada UpBeat Health Bar ni.

UpBeat Health Bar ni  tak macam restoran pun. Lebih kurang macam kiosk saja. Tempat makan dia terbukak saja, jadi memang selesa kalau nak lepak dekat situ. Kalau tak pun, korang boleh tapau dan makan on the go saja.

Health UpBeat

Disebabkan waktu aku singgah dekat UpBeat masa event AK Food Adventure tu jam dah pukul 8 malam, pukul 9 aku ada appointment dekat Shah Alam, aku tapau saja UpBeat ni. Aku ambil Combo Meal.

Combo Meal Health UpBeat

Dalam Combo Meal ni ada Tortillla Wrap dan protein shake.smoothies. Harga Combo Meal ni RM15.90. Sebelum ni aku tak pernah makan tortilla wrap dan minum protein shake. Jadi, aku rasa macam untung gila bila dapat merasa makanan-makanan macam ni.

Dalam Combo Meal ni, aku pilih Mushroom Tortilla Wrap dan Protein Shake Peanut Butter Goodness. Mushroom Tortilla Wrap dalam dia inti cendawan panggang, salad, telur, sour cream dan bawang. Peanut Butter Goodness Protein Shake ni ada campuran peanut butter, pisang, whey coklat dan susu.

Mushroom Tortilla Wrap UpBeat

Gambar aku sempat ambil yang bawah ni saja. Balik rumah, ambil gambar sebelum bukak konon-konon lepas bukak nak ambil lagi. Tapi, sebab dah sedap bau dia, tak sempat nak ambil gambar lepas bukak pembalut dia. Air pun tak sempat nak ambil gambar sebab dah habis dalam kereta. Hahahha. 

Bagi aku, UpBeat Health Bar ni memang fokus diaorang pada orang-orang yang selalu sibuk dan tak sempat makan. Kalau makan pun, makan mengarut-ngarut saja kan orang yang sibuk ni. Jadi, UpBeat Health Bar ni cuba nak perbetulkan cara pemakanan orang-orang sibuk ke arah yang lebih sihat. 

Bagi korang yang selalu sibuk dan on the go, UpBeat Health Bar memang sesuai untuk korang. Sangat-sangat!






You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter