Makan Steak Di Ayers Rock Butcher and Grill

December 15, 2014

Aku tak selalu makan steak. Tapi aku memang suka nak makan steak. Bukan sebab rasa steak tu sangat tapi pada nak rasa fefeeling nak potong steak guna pisau dan garfu macam orang putih tu. Hahahha. Teruk kan.

Ayers Rock Butcher and Grill

Masa event AK Food Adventure hari tu, sempatlah aku terjah Ayers Rock Butcher & Grill outlet Avenue K. Yang aku tahu, Ayers Rock Butcher & Grill ni ada dekat Bukit Jelutong saja. Rupanya dekat Avenue K pun ada.

Waktu aku datang nak makan dekat Ayers Rock Butcher & Grill ni, dah kenyang gila-gila. Tapi sebab nak merasa jugak, aku terjah saja. Nasib baik untuk blogger, diaorang bagi sample yang portion dia kecil. Dia kata saja kecil tapi penuh jugak perut nak menghabiskannya. Aku ni tak suka membazir makanan. Jadi aku telannnnn saja. Hehehe.

Ayers Rock Butcher and Grill

Nama makanan ni serius aku dah lupa sebab penat gila waktu tu. Kepala otak pun dah mamai. Aku kalau dah mamai, memang aku lupa segala benda. Apa yang aku order pun aku boleh lupa. Hahahhaa.

Kalau korang singgah dekat Avenue K ni, jangan lupa makan dekat Ayers Rock Butcher & Grill. Bak kata orang putih, "Satisfy your craving" -- tetibe.  



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter