Maklumat Terkini Tentang Banjir Yang Boleh Dipercayai

Sebelum ni aku pernah buat satu entri pasal amaran jangan sebar berita palsu tentang banjir. Tapi, aku geram jugak masih ramai yang sesuka hati nak sebar itu ini. Tolonglah kasihan pada kawan-kawan kita yang duduk tengah risau pasal saudara-saudara atau kenalan yang terlibat dengan banjir tu.

Banjir

Kalau korang nak sangat sebarkan maklumat pasal banjir ni, hah ni. Aku bagi link untuk dapatkan maklumat-maklumat yang terkini dan dari sumber yang boleh dipercayai. Cuba korang tengok Facebook, Twitter dan laman web dekat bawah ni.

Kalau malas pun, aku dah tepek status Twitter daripada Twitter Portal Bencana dekat bawah ni. Baca je dekat sini. Kalau itu pun tak boleh nak buat, aku pun tak tahu nak cakap apa lah. Dekat status Portal Bencana ni pun akan ada link untuk ke Facebook diaorang. 

Setiap kali diaorang update dekat Twitter, aplikasi dekat bawah ni pun akan diupdate. Jadi, kalau nak tengok sini pun dah okay.

 
Kampung mak dekat Kota Bahru Kelantan dah naik air. Saudara-saudara dah kena pindah ke sekolah terdekat. Tapi sekolah tu pun dah naik air. Tolong kita sama-sama doakan banjir cepat reda.

0 comment... add one now