Murni Discovery Cawangan Shah Alam

Ini mungkin entri terakhir aku bab makanan untuk tahun 2014 ni. Jangan risau, tahun depan aku akan InsyaAllah buat lagi entri pasal makanan untuk bagi air liur korang meleleh menjejes-jejes. Hahahaha. Hari ni aku nak cerita pasal Restoran Murni Discovery.

Murni Discovery Shah Alam

Ada siapa-siapa yang pernah makan dekat Murni Discovery ni? Dia ada banyak cawangan. Waktu degree dulu, pertama kali aku makan dekat Murni Discovery cawangan SS2. Waktu tu macam jakun gila sebab pertama kali makan western yang portion dia besar gila. Hahahha noob gila. Maklumlah, student. Mana ada duit banyak pun nak makan western mahal-mahal.

Tapi, baru-baru ni, aku ada perasan Murni Discovery bukak cawangan baru dekat Seksyen 7 Shah Alam. Jadinya, semangat lah aku nak pergi sana makan sebab dah lama tak makan dekat Murni Discovery kan.

Murni Discovery cawangan Shah Alam ni terletak dekat Pusat Komersial Shah Alam. Memang hot spot student UiTM dan Unisel lah kan. Pandai pulak diaorang carik port bukak cawangan baru. Waktu aku pegi hari tu, memang ramai gilaaaaa orang. Padahal waktu tu baru pukul 5.30 petang. Terpaksalah kitaorang tunggu sambil-sambil staff Murni Discovery bukak meja dan kerusi dekat kaki lima jalan.

I Love You Murni Discovery
Ini air nama dia I Love You. Kakak aku segan-segan nak sebut air ni pada waiter tu. Hahahah.  I Love You ni air campuran Soda + Ribena + Lemon + Laici. Gelas medium RM5.00.

Teh O Ais Murni Discovery
Teh O Ais gelas medium. Ini aku tak pasti berapa RM. Hehehhe.

Traffic Light Special Murni Discovery
Ni pulak air yang aku order. Traffic Light Special. Aku tak pasti apa yang ada dalam ni tapi yang aku rasa ada strawberry, orange dan kiwi. Gelas medium RM5.00.



Nasi Goreng Equador Murni Discovery
Hah, yang menu dekat atas ni Nasi Goreng Equador. Nasi goreng ni dihidangkan bersama daging blackpepper, telur dadar digoreng dengan sosej, timun dan tomato. Nasi goreng dia standard nasi goreng. Sama macam kedai-kedai makan lain. Daging masak blackpepper tu rasa dia macam daging yang dimasak dengan sos blackpepper chicken chop dekat bawah. Hehehe. Harga dia pun aku tak ingat berapa. Kalau aku datang balik sini, aku update semula harga dia.

Nasi Goreng Chicken Chop Murni Discovery
Yang ni pulak Nasi Goreng Chicken Chop. Aku order yang ni. Nasi Goreng Chicken Chop ni dihidangkan bersama nasi goreng, telur mata, sos blackpepper, chicken chop, sos cili, keropok dan fries. Nasi goreng dia aku rasa macam nasi goreng kicap. Sos blackpepper dia rasa sos yang standard. Tak ada lah wow sangat. Tapi boleh lah makan. Chicken chop dia pun ok lah. Kalau makan macam tu saja tanpa nasi atau sos, rasa dia agak plain.

Nasi Goreng Lamb Chop Murni Discovery
Yang ini pulak, Nasi Goreng Lamb Chop. Sama jugak macam chicken chop. Dihidang bersama nasi goreng, telur mata, fries, keropok, sos cili, sos blackpepper dan lamb chop. Nasi macam nasi goreng chicken chop tu, rasa nasi goreng kicap. Lamb chop dia pulak dapat dua keping sebab bahagian tulang kot. Banyak tulang.

Sedikit nasihat kalau korang nak datang makan dekat sini. Kalau korang tengah lapar tahap babun, aku cadangkan korang order makanan yang bergoreng. Macam nasi goreng, mee goreng macam tu. Jangan order yang western punya. Waktu aku pergi hari tu, kakak aku order Nasi Goreng Equador. Aku dengan housemate pulak order Nasi Goreng dengan Chicken Chop + Lamb Chop. Kakak aku dah habis makan, baru makanan kitaorang sampai. Lambat makanan western siap. Tapi, kalau korang sanggup tunggu, tak ada hal lah.

Kalau nak cuba menu-menu yang ada dekat Murni Discovery ni, korang boleh cari cawangan yang berdekatan dengan korang. Cawangan-cawangan diaorang ada dekat gambar bawah ni.

Murni Discovery Outlet

Selamat menjamu selera! :)


 

0 comment... add one now