Nissan Bantu Pemilik Kereta Nissan Yang Rosak Akibat Banjir - Diskaun Alatan Ganti Dan Servis

Pada pemilik-pemilik kereta berjenama Nissan yang terlibat dengan banjir, sekarang boleh menarik nafas lega sebab Edaran Tan Chong Motor dan Tan Chong Ekspress Auto Servis akan ikut jejak langkah Proton untuk membantu pengguna Nissan yang kenderaannya rosak akibat banjir pada tahun 2014 ni.

Nissan
Di bawah kempen yang dinamakan "Nissan Relief Campaign", ianya bertujuan untuk membantu pemilik kenderaan Nissan yang telah rosak akibat banjir yang melanda Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis dan Sabah. Antara bantuan yang akan diberikan oleh Nissan melalui kempen ini adalah:

  • 25 % diskaun ke atas alat ganti tulen Nissan yang terjejas dalam kenderaan Nissan
  • 25% diskaun ke atas caj buruh pada kenderaan Nissan yang terjejas
  • Percuma caj tunda (RM150) pada kenderaan Nissan yang terjejas
  • Waranti 3 bulan atau 5000km caj tenaga buruh dan alat ganti tulen Nissan
Kempen Nissan ini akan dijalankan bermula sekarang hingga 28 Februari 2015. Pada pemilik-pemilik kereta Nissan yang terjejas akibat banjir, korang disarankan untuk menghantar kereta terbabit ke pusat servis Nissan yang terdekat.
Untuk  maklumat lanjut, pengguna Nissan boleh menghubungi Nissan Customer Care Center (beroperasi 24 jam) di talian 1800-88-3838.
Model kereta Nissan
   
Sebagai sebuah syarikat Malaysia, pertumbuhan syarikat kami bergantung pada rakyat Malaysia telah memberi sokongan kepada kami sepanjang tahun. Dan dengan keadaan banjir kini menjadi salah satu bencana yang paling teruk dalam sejarah negara, ini adalah salah satu cara kami boleh membantu meringankan beban pelanggan-pelanggan kami. Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan apa yang kami boleh untuk membantu orang-orang yang telah menyokong kami dalam masa mereka memerlukan.
Pengarah Edaran Tan Chong Motor, Tan Keng Meng 

0 comment... add one now