Notis SMS Berbentuk Malware Di Telefon Bimbit

December 23, 2014

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini ada mengeluarkan notis berkenaan dengan SMS berbentuk malware. Wah, selama ni aku ingat orang hantar malware melalui email atau komen dekat internet saja. Rupanya dalam SMS pun ada jugak yang rajin hantar.

Malware

Kalau korang tiba-tiba dapat SMS dengan mesej yang berbunyi "Is this your photo?" beserta dengan pautan URL yang meragukan, tolong sangat-sangat jangan klik link tu. Korang nak tahu apa yang akan terjadi kalau korang klik link tu?

Kalau korang klik saja link "Is this your photo?" tu , sebuah perisian PhotoViewer.apk akan dimuat turun dan aplikasi Photo Grid akan di install dalam telefon korang. Aplikasi Photo Grid tu akan cuba mendapatkan sebanyak mungkin bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang sentiasa muncul dalam aplikasi tu.

Is This Your Photo?

Kiranya orang yang buat ni, nak dapatkan  jumlah klik yang banyak pada iklan macam iklan 8Share, ChurpChurp dan Nuffnang supaya diaorang dapat duit bagi setiap klik. Aku tak pasti lah pulak iklan apa yang diaorang cuba siarkan tu.

Contoh SMS yang dihantar melalui SMS di telefon bimbit macam dekat bawah ni. Ingat, jangan klik link tu okay? 

Is This Your Photo?

Jangan lupa untuk buang SMS yang korang terima tu sebab malware ni hebat. Malware ni boleh menghantar SMS spam kepada list contact yang tersimpan dalam telefon dan jugak dalam SIM kad korang.

Macam-macam orang sekarang ni nak dapatkan duit. Menyusahkan orang pulak tu. Haish.

Sumber:
1. SKMM
2. Sinar Harian 
 



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter