Pengalaman Pertama Membeli Buku Murah Di Big Bad Wolf 2014

December 18, 2014

Sepanjang-panjang dari tahun 2009 Big Bad Wolf ni diadakan, tahun 2014 ni kali pertama aku jejakkan kaki ke pesta buku murah ni. Bukan apa, aku ni bukan lah kaki baca buku sangat. Nampak sangat malasnya dak?

Big Bad Wolf
Aku pergi BBW 2014 ni hari Isnin malam 15 Disember 2014. Sebab ingatkan besoknya dah habis dah. Rupa-rupanya BBW dipanjangkan sampai 21 Disember 2014. Tak tahu lah sebab banyak buku tak habis ke sebab memang orang mintak panjang masa lagi. Hehehe.

Pengalaman pertama aku membeli buku murah di BBW 2014. Aku pergi dengan kakak-kakak dan kawan kakak aku lebih kurang pukul 9 malam. Orang tak berapa ramai sebab mungkin awal malam lagi. 

Awal-awal masuk, bahagian depan semua buku-buku novel English dan Melayu. Banyak pulak tu. Aku jadi bosan sebab aku bukak kaki baca buku novel pun. Jadi, aku jalan ke bahagian belakang sikit dan barulah jumpa buku-buku non-fiction. Ni baru lah bahagian buku yang aku suka. :)

Big Bad Wolf

Suasana dalam MIECC dekat The Mines hari tu. Tak ramai sangat orang. Buku bertimbun lagi. Macam-macam jenis buku ada dari buku novel berbahasa Inggeris dan Melayu, buku resepi, buku motivasi, buku fotografi, buku IT.

Aku jalan-jalan dekat sini nak cari buku IT/programming sebenarnya tapi tak ada banyak sangat pun buku-buku IT. Kebanyakan lebih kepada buku pasal komputer, pasal internet dan benda-benda macam tu lah. Aku kalau boleh nak jalan cari buku banyak lagi pasal IT ni tapi kakak aku dah ajak duduk dah. Jadi, kitaorang gerak lah pergi Customer Sorting Area ni. 

Sorting area Big Bad Wolf

Customer Sorting Area ni tempat untuk korang asingkan buku yang korang nak beli dan buku yang korang tak jadi nak beli. Tadi kan dah pilih-pilih banyak buku. Ada buku yang korang belek-belek lepas tu rasa eh macam tak nak je buku ni. Hah, kat sini lah korang boleh pilih buku tanpa mengganggu orang lain yang nak cari buku.

Payment counter Big Bad Wolf

Ni pulak kaunter pembayaran. Banyak gila diaorang bukak kaunter untuk membayar. Sebab orang yang datang pun ramai. Yang pakai baju oren tu semua staff BBW. Diaorang bertanggungjawab untuk jaga kaunter pembayaran, punggah buku-buku, susun buku, check buku dan sebagainya.

Security check Big Bad Wolf

Lepas korang bayar, pastikan simpan resit buku-buku yang korang dah beli tu sebab nanti akan ada security check masa korang keluar dari dewan ni. Tujuan nya untuk mengelakkan kecurian. Hamboih, buku dah murah gila pun ada jugak yang nak mencuri?
 
Security check Big Bad Wolf

Ni staf yang bertanggungjawab untuk check buku-buku yang kitaorang dah beli. Diaorang semak satu -satu buku ikut apa yang ada dalam resit tu. Kalau banyak, tunggu lah situ lama-lama sambil diaorang semak.

Jadi, inilah hasil daripada book hunt kitaorang hari tu.

Buku Big Bad Wolf

Oh tak tak. Gambar atas ni bukan gambar buku-buku aku. Ni gambar buku kakak aku. Dia memang kaki baca buku pun. Kesian je sifat tu tak menurun pada aku. Hahahha. Buku yang aku beli ada 4 buah je macam kat bawah ni. Cukup lah 4 buah je. Setahun baca satu buku.
Buku Big Bad Wolf

Bagi korang yang tak sempat nak pergi ke pesta buku Big Bad Wolf tahun ni, insyaAllah diaorang akan buat lagi tahun depan dan tahun-tahun seterusnya. Kalau ada masa tahun depan boleh lah pergi. Tak rugi. Untung lagi ada.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter