Perayaan Krismas Di Malaysia

Aku baru perasan hari ni cuti sebab waktu aku keluar pagi tadi orang tak ramai, kereta tak bergerak dari tempat parking dan kedai banyak yang tak bukak. Bila tengok tarikh -- 25 Disember 2014. Oh, hari ni cuti Hari Natal rupanya.

Pokok Krismas

Ada tak antara korang yang menyambut perayaan Hari Natal atau pun Krismas ni? Macam mana perayaan korang tahun ni? Seronok? Banyak makan? Cuti banyak sampai tahun depan? Heheheh.

Aku rasa rata-rata kita dah tahu apa itu Krismas kan. Tapi, kalau ada yang masih ragu-ragu pasal Hari Natal ni, aku nak kongsikan sedikit pasal Hari Krismas dan kaitannya dengan orang Islam.

Apa Itu Krismas?

Perayaan yang disambut oleh penganut Kristian pada setiap 25 Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus Christ.

Siapa Jesus Christ Tu?

Mengikut pemahaman orang Kristian, Jesus Christ tu adalah 'Son of God', anak kepada Maria. Mereka percaya Jesus dihantar oleh Tuhan mereka untuk menyelamatkan dan mendamaikan antara mereka dengan Tuhan mereka.  

Apa Penganut Kristian Buat Semasa Perayaan Krismas Ni?

Perayaan Krismas ni sama jugak macam perayaan-perayaan yang lain yang mana semua ahli keluarga akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk makan-makan. Pada belah malam sebelum hari Krismas (24 Disember), budak-budak kecil disuruh tidur awal sebab mengikut kepercayaan diaorang, Santa Clause akan datang bawak hadiah untuk budak-budak.

Pada pagi hari Krismas tu pulak (25 Disember), penganut-penganut Kristian akan pergi ke gereja untuk bersembahyang.

Krismas Cookies

Apa yang sinonim dengan perayaan Krismas?

Kebiasaannya kalau nampak pokok yang dihias dengan macam-macam jenis hiasan atau lampu, bungkusan hadiah di bawah pokok ada ayam turkey, gula-gula berbentuk tongkat berwarna merah putih, Santa Clause  dan mistletoe tu tandanya dah nak dekat Krismas dah la tu.

Hukum Menyambut Krismas Bagi Orang Islam

Eh eh korang ni. Dah ada Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Maulidur Rasul pun korang nak sambut perayaan agama lain jugak? Pang kang. Bagi orang Islam, haram kita menyambut perayaan Krismas ni. Sebabnya: Perayaan Krismas bertujuan untuk mengingati kelahiran Jesus Christ.

Tapi, Syarikat Aku Selalu Buat Sambutan Krismas Ni. Siap Buat Tukar-tukar Hadiah Lagi.

Bagi aku, kalau boleh elak, elak kan saja lah join Christmas Party anjuran syarikat korang tu. Biasanya diaorang buat malam kan? Lepas office hour. Dan kebanyakan yang buat party macam ni adalah syarikat-syarikat international ataupun yang multiracial.

Tapi, kalau rasa tak nak rasa awkward dengan officemate (kadang-kadang diaorang tak faham kenapa kita tak boleh sambut Krismas) sebab tak datang, pergi sekejap saja tunjuk muka, tukar-tukar hadiah dan balik. Aku yakin nanti mesti ada air arak yang dihidangkan. 


Ustaz Azhar Idrus

Hukum: Ustaz Azhar Idrus Menjawab Mengenai Ucap Merry Christmas

Ini sedikit penerangan dari UAI berkenaan dengan sambutan perayaan Krimas. Kredit daripada Anak Ulu Cheka


Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. Tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) tu la, tak sibuk nak ucap yang Nabi s.a.w suruh ucap, doa dan zikir banyak lagi yang tak reti.

Soalan 2 : Betul dok ni?, jangan Ucap Merry Christmas!. Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni memang jenis degil.

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yang menyambutnya?
(2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dalam jamuan tersebut?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. Ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat.
2. Boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.

Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim, jatuh haram ke?. Orang non muslim ni dah tau dah kita tak boleh ucapkan merry xmas, so diaorg pun tak ucaplah selamat hari raya, jadi mana keharmonian kat situ?. Nabi sendiri pun bila didatangi tetamu/raja non muslim, baginda layan sebaiknya.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) boleh ucap dengan lafaz tahniah sahaja jangan ucapkan dengan lafaz salam. Kalau kafir tak mahu ucap selamat hari raya tak jadi masalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya. Zaman Rasulullah s.a.w masih hidup pun puak-puak kafir tak ucap selamat hari raya pun. Harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya, harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada.

Soalan 6 : Perayaan-perayaan etnik terbesar di Malaysia seperti krismas, deepavali, raya cina dan lain-lain. Setakat mana umat Islam boleh merayakannya?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) harus hadir ke rumah orang kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan agama lain macam contoh Krismas atau Tahun Baru Cina?
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak boleh sambut, yang boleh ialah ziarah rumah jiran yang kafir pada hari raya mereka sahaja.

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.
(Jawab) Ustaz Azhar Idrus (Original) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pada hari-hari perayaan orang kafir kerana menunjukkan kita tidak meraikan perayaan orang kafir yang batil dari Kitab Bahrulmmazi.
 

Bagi korang yang menyambut Hari Natal ni, selamat bercuti panjang. Dan pada umat Islam di luar sana yang semangat nak cuti panjang jugak (hikhikhik), selamat beristirehat. 


0 comment... add one now