Sarapan Berat Di WonderMama X

December 11, 2014

Hari ni aku nak bercerita pasal makanan lagi. Sebenarnya aku ada lagi hutang 5 entry lagi pasal makanan yang berkenaan dengan AK Food Adventure yang aku join bulan November yang lepas. Keh keh keh, banyak ke tak banyak. Kali ni aku nak cerita pasal WonderMama X pulak.

WonderMama X 

Mula-mula aku agak pelik dengan restoran WonderMama X ni. Sebabnya yang aku tahu, ada satu lagi WonderMama yang terletak dekat Bansar Village. Bila nampak ada extra X dekat nama WonderMama X, aku pun kurang pasti restoran yang sama atau tidak.

Bila aku tengok website WonderMama, baru aku faham. Ada 3 restoran WonderMama ni. WonderMama di Bangsar Village, WonderMama X di Avenue K dan WonderKafe dekat Tune Hotel di KLIA2.

Masa event AF Food Adventure tu, restoran pertama yang aku terjah ialah WonderMama X. Kira-kira untuk sarapan lah ni sebab pagi tu memang aku tak makan demi nak simpan perut ni. Heh. Apa yang aku order untuk sarapan besar di WonderMama X ialah English Breakfast dan Mango Slush.

Breakfast Set WonderMama X

Tu dia besar ke tak portion untuk breakfast ni. Ada garlic bread, sosej, salmon, daging, scrambled egg, salad dan macaroni. Memang kenyang walaupun makan dua orang.

Mango Slush WonderMama X

Ini pulak minuman yang aku order hari tu. Mango Slush. Rasa mangga dia memang kaw kaw gila. Memang berbaloi kalau korang order yang ni. Tapi, nasihat aku, kalau nak minum ni, kena minum perlahan-lahan takut kena brain freeze. Hehehhe.

 WonderMama X 

WonderMama X, hanya terletak di Avenue K. Kalau korang tiba-tiba terjalan-jalan dekat sini, memang aku cadangkan korang pergi makan dekat sini. Banyak pilihan lagi dalam menu diaorang cuma waktu aku pergi tu waktu sarapan jadi aku pilih lah menu untuk sarapan.



Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal WonderMama X ni, boleh layari:



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter