Scone Pecan Supermarket Presto

December 16, 2014

Dalam banyak-banyak supermarket, supermarket mana yang korang boleh dapatkan bekalan roti yang segar, pastry yang sedap dan bun yang menyelerakan selain daripada barang-barang lain?

Supermarket Presto
  
Hari ni meh aku perkenalkan korang dengan Presto Grocer. Aku tak nak cerita pasal barang-barang dapur yang boleh dibeli dekat sini tapi aku nak cerita pasal bahagian Bakery dia. Ini pertama kali aku jejak kaki dekat Presto Grocer punya Bakery dan aku nampak banyak gila pilihan roti, bun, pastry, savories dan macam-macam lagi.

Satu sebab kenapa aku nak bagitahu korang pasal bahagian bakery dekat Presto Grocery ni adalah sebab kat bawah ni. Nampak tak? Nampak tak? Presto ni cuma menggunakan tepung non-bleach untuk buat roti-roti dan pastry diaorang.

Supermarket Presto

Apa yang bagus sangat tepung non-bleach ni kan. Mesti korang tanya macam tu. Aku pun tanya macam tu jugak dulu tapi lepas aku baca, aku rasa tepung  non-bleach ni memang lagi bagus daripada tepung-tepung biasa sebabnya:
  • Tiada bahan kimia
  • Bahan semulajadi
  • Mengandungi pelbagai nutrien

Siapa yang nak makan bahan kimia kan. Lepas dapat ilmu ni, aku nak beli roti-roti yang guna tepung non-bleach saja. Hehehehe.

Supermarket Presto Bakery

Yang pentingnya, roti-roti, bun dan pastry dekat Presto ni murah-murah dan mampu milik. Keh keh keh. Itu yang kita cari kan?
 
Supermarket Presto Bakery

Pernah makan scone? Dulu aku pernah makan scone tapi scone yang plain, tak ada perisa pape pun. Tapi dekat Presto ni, scone dia ada macam-macam perisa.
Scone Pecan Supermarket Presto

Dan aku pilih scone pecan. Serius sedap. Bila korang ngap, scone ni ranggup dan ada rasa kacang pecan dia. Makan macam tu pun dah sedap. Aku makan macam tu saja. Kalau korang nak makan dengan jem pun boleh. Harga Scone Pecan ni RM4.00 saja tapi besarrrr tapak tangan. Memang penuh perut makan.



You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter