Sebenarnya Aku Ni Blogger Perempuan

Ramai jugak pembaca-pembaca blog Fadzi Razak ni keliru dengan jantina aku kan? Ada yang siap panggil aku 'Bro' lagi. Housemate dan kawan-kawan yang kenal aku semangat gelak bila diaorang tahu ada orang panggil aku 'Bro'. -___-"


Perempuan

Ya. Aku seorang perempuan. Mohon walaupun perangai aku tak berapa senonoh bila di alam maya ni, jangan anggap aku sebagai seorang lelaki. Wahahaha. Sebenarnya aku ni seorang yang sangat pemalu. Nak letak gambar sendiri dalam blog pun malu. Tapi, demi nak memperbetulkan salah tanggapan orang pada aku, aku tunjuk lah gambar aku dalam entry kali ni.

Nah ambik, gambar aku yang paling terbaru. Cun ke tak? Baik cakap cun. Karang aku luku kepala sorang-sorang. :D


Fadzi Razak

Hahaha. Ok la kot gambar ni kan? Tak kan selama ni korang tak perasan ada gambar tangan aku pegang tiket lah, pegang toys lah. Jari aku semua kecik-kecik cinonet saja. Tak kan lah tangan lelaki kot. :,(

Contoh-contoh Blogger Lain Ingat Aku Lelaki


Perempuan

Perempuan

Perempuan

Heheheh. Bagi yang salah faham tu, aku minta maaf sangat-sangat. Nah, aku dah berterus terang dengan jantina aku. Harap-harapnya tak ada yang terkonfius lagi okay?

Sebenarnya untuk menjadi seorang blogger yang dipercayai, orang kena tahu wajah kau macam mana, tahu sedikit asal-usul kau dari mana. Baru senang orang nak bagi job kan. Aku pernah nak masuk dua komuniti ni. Jadi, aku approach lah 'ketua-ketua' komuniti yang dimaksudkan. 

Komuniti pertama -- PM Facebook aku langsung tak berjawab.
Komuniti kedua -- bila dia tahu aku tak nak letak gambar profile sendiri, terus dia tak peduli kan PM Facebook aku. 

Bak kata Tuca, diaorang ingat aku ni stalker. Waahahahha. 

Jadi kesimpulannya, lebih baik aku sebagai blogger bergerak secara solo, tak payah sertai apa-apa komuniti. Ya, aku tahu komuniti penting untuk naikkan nama blogger terutamanya blogger baru. Tapi, bila kita sebagai blogger gerak solo, kita boleh masuk dengan mana-mana komuniti tanpa dilabel "Oi, kau geng tu, oi kau geng ni." Betul tak?





2 comments.. read them below or add one

Trava Trava 30 January, 2016
Soalnya namanya lelaki hehehe
Fadzi Razak Fadzi Razak 01 February, 2016
Hehehe Lepas ni semua orang dah tau saya perempuan :)