Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH

Sifu Blogger Blogspot aka Pakar SEO Malaysia - HasrulHassan.com tengah buat satu segmen yang memang berbaloi untuk disertai oleh blogger-blogger baru macam aku ni. Segmen ni tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk membantu blogger-blogger baru tambah lebih ramai kenalan.

http://www.hasrulhassan.com/2014/12/segmen-jom-kenal-blogger-baru.html
Segmen Bro HH kali ni bukan setakat untuk menambahkan follower blog blogger-blogger baru saja. Bro HH jugak berbesar hati untuk buat review ringkas blog-blog yang terpilih supaya blogger-blogger sedar apa kesilapan yang telah blogger lakukan dalam menghasilkan blog.

Bro HH nak bagi ilmu percuma ni. Rugi kalau korang tak join. Bro HH nak membantu blogger-blogger baru dalam menghasilkan blog yang berkualiti dari segi trafik, jana income online dan sebagainya.

 

SEGMEN JOM KENAL BLOGGER BARU

Waktu aku belajar dulu (2006), aku pernah ada blog. Biasa lah budak-budak baru nak up. Tulis blog pun merapu-rapu pasal peribadi, cintan cintun dan macam-macam sampailah 2010. Tak banyak entry pun dalam blog tu. Dan apa yang aku ingat, blog tu tak mempunyai manfaat untuk orang lain pun.

Bila aku sedar blog tu tak mempunyai manfaat apa-apa, aku pun delete blog lama tu.

Aku mula serius terfikir nak buat blog yang bermanfaat tahun ni - 2014. Sebabnya aku tengok ramai sangat yang dapat income berpuluh-puluh ribu melalui blogging. Jadi aku pun memulakan Fadzi Razak ni dengan harapan dapat buat duit melalui blog pada bulan Mei 2014.

Aku ingat senang je nak buat duit dengan blog ni tapi MasyaAllah susah betul nak bertapak dalam dunia blogging Malaysia yang memang dah penuh dengan blogger-blogger otai. Ada waktu aku rasa putus asa sampailah ada blogger-blogger lain yang rajin singgah ke blog aku untuk komen. Dan ada komen yang berterima kasih sebab berkongsi ilmu dan ilmu tu memang diaorang tercari-cari, tiba-tiba aku rasa terjentik -- rasa macam senang hati sangat sebab akhirnya ada manfaat jugak blog aku ni.

Blogger

Akhirnya, aku teruskan jugak berblogging sampai hari ni (walaupun masih tak sampai setahun pun). Sebabnya aku nak jadikan blog aku ni bermanfaat untuk orang yang membaca. Kalau korang baca blog ni, adalah tips-tips, ilmu-ilmu dan jugak benda baru yang aku cuba sebarkan untuk pengetahuan kita semua.


Secara ringkasannya, blog aku:

Nama blog: Fadzi Razak
Nama blogger: Fadzi Razak
Email: fadzirazak@gmail.com
URL blog: http://fadzirazak.blogspot.com/  
Apa yang aku nak daripada berblogging: Aku nak blog aku menjadi sumber rujukan orang lain dalam apa-apa bidang pun. Kalau boleh dalam bidang blogging jugak lah sebab majoriti arena blogging Malaysia ni dimonopoli oleh lelaki. Aku nak jadi antara blogger perempuan yang orang akan rujuk kalau ada masalah dengan dunia blogging. 

-- Amboi, besar sangat cita-cita aku walaupun baru setahun jagung dalam arena blog ni.-- 


Aku dah join Segmen Jom Kenal Blogger Baru Bro HH ni. Korang bila lagi? Oh untuk pengetahuan korang, segmen ni khas untuk blogger-blogger yang:
  • Ada blog cuma dari platform blogspot
  • Ada blog yang kurang dari 500 followers
  • Ada blog yang trafik atau jumlah pageviews kurang dari 10 000.

Tarikh tutup segmen adalah pada 31 Disember 2014. Apa lagi, jom kita join!


0 comment... add one now