Sushi Box - Makanan Untuk Mereka Yang Selalu Sibuk

December 09, 2014

Teringin nak makan sushi?  Susah nak cari yang halal? Kena tunggu lama chef tu nak buat sushi? Nak cepat? Nak tapau saja sushi tu? Nah, tak payah korang risau-risau dah. Hari tu masa aku pergi food hunt dalam event AK Food Adventure, aku jumpa satu kedai sushi yang korang boleh makan dekat restoran tu atau nak tapau pun boleh.

SushiBox

SushiBox. Pernah dengar restoran ni? Aku pun tak pernah. Bila dapat senarai nama restoran yang terlibat dengan AK Food Adventure hari tu, nama restoran yang pertama aku nampak berkenan gila-gila adalah SushiBox ni. Sebab aku dah lama gilaaaaa tak makan sushi.


Dekat SushiBox ni, korang boleh dapat banyak pilihan sushi yang dah siap-siap dipaketkan. Kalau korang sibuk, datang singgah sini, ambil satu paket, bayar dan makan on the go. Senang kan. Jimat masa jugak. Tak payah tunggu order.

Tambah-tambah lagi, banyak gila pilihan dekat restoran SushiBox ni. Harganya pulak memang berpatutan. Aku ada tanya penjaga restoran SushiBox hari tu. Katanya semua sushi dibuat handmade dekat restoran tu saja. Jadi, jangan risau lah sebab semua sushi dekat sini memang fresh.

SushiBox

Ada pelbagai jenis sushi seafood yang dijual dekat sini. Aburi Salmon (RM12.00), Premium Salmon Nigiri (RM11.50) dan Salmon Set (RM11.10).
 
SushiBox

Yang kat atas ni  pulak pelbagai jenis sushi yang dipaketkan 6 biji atau 3 biji dalam satu paket. Harga pun murah saja RM5.00.

SushiBox

Bagi aku ni set complete punya. Harga pun berbaloi untuk rasa semua jenis sushi. Ada Chicken Combo (RM15.00) dan Seafood Supreme yang berharga RM17.50. Semua paket sushi ni disertakan sekali dengan wasabi dan kicap Jepun.

Banyak pilihan sushi yang ada dekat sini tapi lebam jugaklah kalau aku nak senaraikan satu-satu. Cara paling senang kalau korang nak tahu apa lagi jenis sushi yang ada dekat sini, korang boleh datang ke restoran SushiBox kalau-kalau korang ada singgah dekat Avenue K ni nanti.

SushiBox

Yang pentingnya, semua makanan dekat SushiBox ni handmade fresh setiap hari, sedap, senang nak makan, makanan yang sihat dan HALAL! Mesti perkataan halal tu yang korang tunggu-tunggu kan, kan?
 
Soft Shell Crab SushiBox
 
Ni ha aku nak tunjuk apa yang aku makan dekat SushiBox hari tu. Soft Shell Crab (RM10.50). Kalau korang pernah makan soft shell crab, mesti korang tahu betapa sedapnya sushi ni. Aku order soft shell crab ni sebab aku nak rasa benda yang agak-agak rare. Hehehe.

Ok lah, kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal SushiBox ni, boleh layari Facebook SushiBox.





You Might Also Like

0 comments

Facebook

INSTAGRAM

Twitter