Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2015

December 24, 2014

Lagi 7 hari kita akan melangkah ke tahun baru 2015. Bagi korang, apa perkara yang pertama korang nak buat bila masuk tahun baru? Buat azam baru? Postmortem azam tahun lepas yang tak tercapai-capai?

2015

Kalau aku, nak masuk saja tahun baru, aku semak tarikh cuti umum dan cuti sekolah dulu. Hahaha. Mungkin bagi korang, aku ni teruk gila sebab masuk tahun baru je nak semak cuti pulak. Bukan apa, aku ni jenis susah nak balik kampung atas sebab-sebab tertentu. Sebab tu lah aku nak kena rancang cuti aku betul-betul.

Hari ni aku nak berkongsi dengan korang tarikh cuti umum dan cuti sekolah Malaysia bagi tahun 2015. Senang lah korang pun nak rancang percutian keluarga untuk balik kampung atau pergi berjalan-jalan nanti.

Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2015

Hari Cuti Di Malaysia 2015 

Dekat bawah ni adalah senarai hari cuti di Malaysia tahun 2015

Cuti Malaysia 2015

Dari bulan Januari hingga bulan April, ada 6 cuti.

1 Januari 2015 (Khamis) Tahun Baru 2015
3 Januari 2015 (Sabtu) Hari Lahir Nabi Muhammad S.A.W
1 Februari 2015 (Ahad) Hari Wilayah Persekutuan
3 Februari 2015 (Selasa) Thaipusam
19 & 20 Februari 2015 (Khamis & Jumaat) Tahun Baru Cina
3 April 2015 (Jumaat) Good Friday

Cuti Malaysia 2015

Dari bulan Mei hingga bulan Ogos, ada 6 cuti.

1 Mei 2015 (Jumaat) Hari Pekerja
13 Mei 2015 (Isnin) Hari Wesak
6 Jun 2015 (Sabtu) Hari Lahir Yang Di-Pertuan Agong
4 Julai 2015 (Khamis) Nuzul Qur'an
18 & 19 Februari 2015 (Sabtu & Ahad) Hari Raya Puasa
31 Ogos 2015 (Isnin) Hari Kemerdekaan

Cuti Malaysia 2015

Dari bulan September hingga bulan Disember, ada 6 cuti.

16 September 2015 (Rabu) Hari Malaysia
24 September 2015 (Khamis) Hari Raya Haji
15 Oktober 2015 (Khamis) Awal Muharram
11 November 2015 (Rabu) Deepavali
24 Disember 2015 (Sabtu & Ahad) Maulidur Rasul
25 Disember 2015 (Isnin) Hari Natal

Aha, dah tahu cuti apa yang ada tahun depan dan tarikh dia sekali kan? Jom kita tengok cuti sekolah pulak. Mula bila, penggal bila, habis bila. Senang kalau korang yang dah kahwin dan ada anak nak rancang percutian.


Cuti sekolah 2015


Cuti sekolah pertengahan penggal 1 bermula pada 14 Mac hingga 22 Mac 2015. Bulan Mac tahun depan tak ada apa-apa cuti umum pun.

Cuti sekolah pertengahan tahun pulak bermula pada 30 Mei hingga 14 Jun 2015. Dalam bulan Jun ada satu cuti umum -- Hari Lahir Yang Di-Pertuan Agong pada 6 Jun 2014. Tapi hari Sabtu lah. Hewhewhew kecewa?

Cuti sekolah penggal 2 pulak bermula pada 19 September hingga 27 September 2015. Dalam waktu cuti penggal 2 ni ada cuti Hari Raya Haji pada 24 September 2014 hari Khamis.

Cuti sekolah akhir tahun pulak bermula 21 November 2015 hingga 3 Januari 2016. Dalam waktu cuti sekolah ni ada 2 cuti umum -- Maulidur Rasul (24 Disember 2015) dan Hari Natal (25 Disember 2015). 

Ok sekarang dah boleh rancang percutian untuk tahun depan! :D


You Might Also Like

5 comments

  1. Salam...cmne ea cara nk taw cuti sklh pada 2016 dgn lebih awal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ridhwan, boleh google saja jadual cuti sekolah 2016. nanti akan keluar. tapi saya rasa jadual cuti sekolah yang keluar nanti tu tak confirm lagi. mungkin akan ada perubahan daripada kementerian pelajaran jugak

      Delete
  2. Salam akak, izinkan saya untuk guna symbol-symbol akak untuk planner saya. Terima kasih.

    ReplyDelete

Facebook

INSTAGRAM

Twitter