Wajar Atau Tidak Beli Rumah Sekarang?

Rumah yang korang duduk sekarang ni sewa ke beli? Kalau korang nak tahu, aku baru saja berpindah dari rumah sewa di Cheras ke rumah sewa di Shah Alam. Di Shah Alam ni aku dapat sewa RM200 lebih murah daripada sewa dekat Cheras tu tapi bukan rumah teres lah.
Rumah

Pada pendapat korang lah kan, lebih baik beli rumah atau sewa rumah dulu sekarang ni? Seperti yang kita sedia maklum, tahun depan GST akan dilaksanakan. Harga rumah mesti melambung tinggi. Kos sara diri pulak makin bertambah. Jadi, korang rasa patut tak beli rumah sekarang?


Aku pun tak pasti tindakan beli rumah sekarang ni wajar atau tak. Jadi aku pun ambil satu kuiz atau survey ni untuk meyakinkan aku beli rumah adalah lebih berbaloi daripada sewa rumah sekarang.
Aku jawab penuh jujur dan dedikasi. Sikit pun tak tipu. Hahahha. Dan hasil yang aku dapat daripada kuiz tu telah meyakinkan aku untuk beli rumah. Daripada hasil survey tu, aku dapati aku seorang yang Pragmatist.
You are a pragmatist. You accept what's real and use the power you have to make the best out of the situation.
Anda seorang prakmatis. Anda boleh terima kebenaran dan menggunakan kuasa yang anda ada untuk membuat keputusan yang betul.

http://bit.ly/13Ipk3z

Ya, beli rumah sekarang memang rasa macam senak fikiran nak fikir macam-macam. Fikir pasal deposit, fikir nak bayar peguam, fikir beberapa peratus nak kena bayar sebelum rumah tu betul-betul siap, harga untuk renovate dan jugak berapa ribu nak bayar bulan-bulan.
Tapi, daripada sewa rumah yang harga dia lebih kurang macam bayar bulan-bulan kalau beli rumah sendiri, baik kita beli rumah sendiri kan?
Kalau korang pun masih ragu-ragu sama ada masih nak sewa atau nak beli rumah sendiri, cuba korang buat kuiz ni. Sedikit sebanyak akan membantu korang dalam membuat keputusan. Korang boleh buat kuiz ni dekat laman web My New Normal. Lepas tu korang kongsikan dengan aku. Boleh?


0 comment... add one now